Tuesday, February 3, 2009

It's my 19th...

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi diberi peluang untuk memandang dan merasai keindahan dunia maya ciptaanNya ini...Hari ini aku berusia 19 tahun...Aku cukup merasai kedewasaan ini yang membuatku sering berfikir dan mengeluh betapa pantasnya masa berlalu..Pejam celik pejam celik dah 19 tahun..Tahun depan dah masuk 20-an...Sebenarnya aku masih lagi gagal menerima dan memahami hakikat bahawa aku sudah hampir melangkah ke alam dewasa..Bukan lagi remaja seperti dulu...Hmm...Aku sememangya merindui zaman-zaman remajaku...Seperti kebiasaan,aku dan keluarga tidak mengadakan apa-apa parti untuk meraikannya...Lahir dan hidup dalam keluarga yang serba kekurangan membuatkan aku tidak terlalu obses untuk meraikannya... Sejujurnya memang terdapat keinginan di hati untuk menjadi seperti remaja-remaja lain yang dimanjakan oleh keluarga...Dihadiahkan dengan pelbagai barangan dan diraikan dengan penuh kesempurnaan...Namun aku menyedari bahawa itu semua tidak penting dan aku tidak akan mati kalau tidak merasai suasana seperti itu...Bagi aku,hidangan mee goreng yang disediakan ibu cukup membahagiakan walaupun ianya amat sederhana..Paling penting,aku ada bersama keluarga dan sentiasa diredhai olehNya...Harapan aku sempena hari lahir kali ini agar aku dapat menyempurnakan impian aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi....InsyaAllah aku akan melangkah ke arahnya dalam tahun ini...

Sunday, February 1, 2009

My Lappy problem la...

Nampaknya lepas ni,aku tak dapat nak online mungkin untuk seminggu dua..Hmm,aku tak tahu apa masalah dengan lappy aku ni...Dua bulan lepas,aku ada la cuba untuk download desktop background di sebuah laman web...Background X-men...Namun,apa yang di download tak pulak success,bahkan wujud pulak satu bar kat bawah taskbar...Mula-mula aku hiraukan je..Aku cuba restart beberapa kali,namun masih jugak benda tu ada kat situ..So,aku just assume yang benda tu virus dari website tu...Lama-kelamaan bar tu semakin tinggi,hampir setengah taskbar aku ditutupnya...Aku pun mula risau,kot-kot semua habis semua screen lappy aku nanti...So.aku pun bawak lappy aku ke sebuah kedai service komputer...Mulanya,aku ingat masalah kecil,mungkin kalau reformat,lappy aku akan kembali normal...Tapi,menurut tauke kedai tersebut,lappy aku sebenarnya ada masalah hardware...Bukan software...Kalau direformat pun benda tu mungkin takkan hilang..Aduh,kecewa hati aku...Ingatkan dapat selesai hari tu jugak,rupanya panjang lagi cerita....Nak kena bawak ke pusat Acer sendiri,sebab masalah tu cuma mereka je dapat baiki..Lagipun mahal katanya...Hmm..Aku pulang dengan hampa..Dahla aku takde masa nak ke Sibu...Benda tu pulak dah semakin naik ke atas...Nak tak nak,aku terpaksa la hantar lappy aku ni hujung minggu ni...
 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret