Thursday, December 31, 2009
Ditunda la plak...
Wednesday, December 30, 2009
Antivirus...

Terus terang aku ni memang ar "bengap" sikit kalo dalam bab-bab IT and PC ni...Sikit je ar..Hehehe..Aku tau pakai je..Yang penting aku on pastu dapat pakai .. :p....Last night suddenly one of my friend ask me on what kind of antivirus that i'm using for my laptop ... So i told him i used the free one which was provided for free... So,dia bagi tau la aku yang free edition tu actually not so good cause some of the virus could passing my system just like that..
Guess what,its true...I'm so ignorance...Once I install the commercial one,it was detected about few trojan and something else in my pc...How bad the old one...And he also told that if the antivirus is strong,it can detect the virus without running the scan button...Luckily..Then,he introduced me Kaspersky antivirus the latest one...A credit for my friend...Thank you so much for the antivirus(coz he buy for me online and help to install the software..)
So,what about you all outside there my friends?Don't you want to migrate from the free edition?I advise you to choose what is better for your own convenient...The most important for your PC security...So,see you on the next entry dow...Chiowww
Thursday, December 24, 2009
Aku dah balik...
الحمد الله setelah sekian lama aku menyepikan diri,aku akhirnya dapat juga meluangkan sedikit masa bagi menyuntik sedikit nafas baru untuk blog yang telah aku tinggalkan selama beberapa bulan kebelakangan ini...Bagi teman-teman yang mengikuti perkembangan aku melalui blog ini, aku memohon maaf sebab menghampakan korang..Kebanyakan daripada mereka sering kali bertanya ke mana perginya aku dan mengapa blog ini seolah-olah terbengkalai begitu sahaja....Untuk pengetahuan teman sekalian,aku sekarang telah menyambung pengajian untuk peringkat diploma di Politeknik Mukah Sarawak.Disebabkan itulah aku jarang dan tidak mempunyai masa untuk mengemaskini blog tambahan pula aku tidak membawa lappy kesayanganku ini ke kampus...Mungkin pada semester depan aku akan membawa bersama lappy ku ini dan aktif semula dalam blogging.. Bermula dengan sesi pendaftaran pada 5 Julai 2009,kami telah menjalani Minggu Suai Kenal bagi semua pelajar semester 1...Program yang dirangka khas untuk pelajar sem 1 ini sememangnya memerlukan kekuatan fizik dan mental..Kami telah diarahkan untuk mengikuti segala aktiviti yang telah dirancang...Pelbagai aktiviti yang dijalankan banyak menguji kesabaran dan ketahanan diri seorang pelajar..Kami hanya diperuntukkan masa tidur kurang dari 4 jam..Segala aktiviti pula mempunyai masa yang ditetapkan..Bermula dengan solat Subuh,para pelajar dikehendaki untuk bangun pada jam 3:30am..Slot2 seperti kuliah subuh dan Qiyamullail mengisi ruang dingin pagi tersebut sehingga pukul 6:00am..Kemudian para pelajar diminta bergegas ke padang untuk sesi senaman pagi..Bagi pelajar muslim,terutamanya perempuan,kami bagaikan lipas kudung menukar pakaian dan berlari ke padang dalam kiraan 10..Jika tidak kami akan dihukum di hadapan pelajar lain...Sesi senaman dijalankan sehingga jam 7:00 pagi...Setelah itu pelajar dikerah untuk balik ke hostel dalam masa 10 minit untuk menyiapkan diri dan turun semula sebelum 7:15am untuk sarapan di cafe..Kebanyakan pelajar hanya menukar pakaian memandangkan terlalu ramai pelajar yang berebut-rebut untuk menggunakan bilik air...Masa yang diperuntukkan untuk bersarapan adalah sehingga 7:30am..Kemudian kami mula menjalani aktiviti dalam sehari suntuk dan begitulah proses yang kami lalui sepanjang minggu tersebut...Untuk dijadikan cerita,terdapat beberapa peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan..Pada hari kedua,kami telah diingatkan bahawa latihan kebakaran akan dijalankan pada bila-bila masa di antara waktu tidur..Para pelajar yang gagal menyelamatkan diri dari "kebakaran" tersebut dalam masa 2 minit akan dikenakan hukuman...Pada malam tersebut aku telah berjaga selama sejam sebagai langkah berjaga-jaga kononnya..Malangnya tiada latihan yang dijalankan pada malam tersebut..Ini telah menyebabkan aku terlalu keletihan pada keesokannya kerana kurang tidur...Pada malam berikutnya, aku akhirnya melelapkan mata setelah berakhirnya aktiviti kira-kira 12:30am..Tiba-tiba aku tersentak kerana pintu bilik kami diketuk bertalu-talu dengan kuatnya..Rupa-rupanya kami telah diisytiharkan sebagai mangsa yang "rentung"...Kami diarahkan ke padang sambil aku melihat sebahagian pelajar yang lain telah pun sedia ada di padang..Malunya kami bukan kepalang..Kami dimarahi oleh ketua felo dan di kenakan hukuman berguling dari sisi padang sehingga ke tengah padang..Bayangkan jam waktu itu menunjukkan pukul 2:00am,dengan rumput yang dibasahi embun dan cuaca yang amat sejuk,kami menggigil kesejukan menjalani hukuman tersebut...Kesan daripada itu kulit aku menjadi gatal dan luka akibat digaru...Pada malam kedua terakhir kami telah diberi tugasan untuk menghafal lagu rasmi politeknik pada malam itu juga...Disebabkan nyanyian adalah secara beramai-ramai,maka terdapatlah suara yang "sumbang" semacam sehingga menyebabkan nyanyian kami tidak seragam dan tidak memuaskan hati para felo...Nyanyian tersebut perlu kami kuasai untuk majlis penutupan pada keesokan harinya..Jam telah menunjukkan 12:00a.m..Namun kami masih terkial2 untuk menyanyikan lagu tersebut dengan sedaya upaya..Dengan tidak bertenaga setelah menjalani aktiviti 4 hari berturut-turut,kami dipaksa untuk melontar suara senyaring-nyaringnya sehingga mereka(para felo dan pensyarah) berpuas hati...Aku sememangnya tidak sabar untuk menghabiskan minggu tersebut dan rehat sepuas-puasnya sebelum sesi kuliah bermula...Namun,apabila dikenangkan kembali,aku sebenarnya merindui aktiviti tersebut kerana di situlah kami diajar untuk mengatur masa dan menguruskan hidup dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar di IPT...Program tersebut juga telah berjaya memupuk semangat kerjasama di antara para pelajar dan menjadi medium untuk sesi berkenalan di antara masing-masing...
Setelah itu,kami menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar normal...Melewati Ramadan yang memberi pengalaman berpuasa di kampus,sememangnya amat bererti bagi diriku...Tahun yang sebelumnya,mungkin kita berpeluang untuk menjamu juadah berbuka yang menyelerakan..Namun,di sini kami di ajar untuk bersederhana dalam semua perkara...Di dalam bulan ini jugalah julung-julung kalinya aku di suruh menjadi imam terawih...Mau kepala lutut aku tak bergegar..hehehe...
Bagi politeknik,tempoh berakhir semester lewat dari IPT yang lain kerana sesi Julai pada kali ini telah bermula pada bulan Ogos bagi para senior...Final exam telah bermula pada 7 Disember 2009...Bagi kursus Kejuruteraan Awam,keseluruhannya aku mempunyai 5 final paper..Bermula dengan Matematik Kejuruteraan,Sains Juruteknik,Bahan dan Binaan Kejuruteraan,Ukur Kejuruteraan dan Teknologi Konkrit..Aku cukup yakin dengan 4 paper yang pertama,namun sebaliknya pada paper yang terakhir iaitu Teknologi Konkrit..Aku sekarang cuma dapat berharap agar aku tidak gagal untuk paper tersebut...
And then apa lagi yang aku nak cerita...Erm...Opps..Aku lupa nak kenalkan kakak-kakak angkat aku di sana...Untuk pengetahuan korang semua,sepanjang aku belajar di sana,aku mempunyai dua orang kakak angkat..Kedua-duanya merupakan adik beradik...Aku mengenali salah seorang daripada mereka pada tahun lepas semasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak...Mereka berdualah yang banyak sangat membantu aku kat sana terutamanya yang sowang tu...hehe...Nanti aku akan bagitau korang siapa dia dan tunjukkan bagaimana rupanya seorang wanita yang "gagah perkasa"..hahaha...Korang jangan pandang rendah kat sowang yang gagah perkasa ni,rumah dia dah la atas pokok,lepas tu boleh pulak menebar jala menangkap ikan di Sungai Kut...Kahkahkahkahkah....Ada waktunya,dia akan transform menjadi seorag wanita yang berperibadi "ayu" gitew...Chewahh,flexible la dikatakan..Hahaha...InsyaAllah,posting yang seterusnya nanti,akan muncul la bidadari-bidadari tersebut...Hahahaha...Erm,nampaknya setakat ni je yang aku mampu coret...Dah tak larat ni...Jam pun dah menunjukkan pukul 6:00 pagi...Hmm,lepas ni nak tido...
Sunday, December 6, 2009
Kau dengan dirimu saja
Kau tak butuh diriku
Hoo.. Hooo
Kau dengan dirimu saja
Teruskan lah… teruskan lah..
Saturday, September 26, 2009
Monday, June 15, 2009
Lebih Kurang Dua Minggu Je Lagi.....
Pejam celik pejam celik,sungguh tak terasa waktu meninggalkan kita dengan begitu pantas....Hanya lebih kurang dua minggu je lagi,aku akan berundur dari kedudukan aku sekarang dan kembali bergelar sebagai seorang pelajar...Entah mengapa perasaanku tiba-tiba menjadi sayu dan pilu...Jiwaku merintih bagaikan menangisi kerinduan yang bakal aku hadapi nanti..Hmm....Anyway,hari ini cukup sibuk dan memenatkan...Kehadiran ABM yang baru menyebabkan ABM "lama" kami yang bakal berpindah agak sibuk kerana terpaksa memberi tunjuk ajar sepenuhnya dalam masa seminggu sebelum melangkah meninggalkan kami di sini...Kebiasaannya,beliau akan membantu aku untuk melengkapkan borang urusniaga yang lazimnya dibiarkan kosong oleh para pelanggan sebelum aku melaksanakan transaksi...Ini memudahkan dan melancarkan lagi pergerakan aku memandangkan aku adalah kaunter utama bagi amanah saham...Aku melihat ke arah jam yang hampir menunjukkan 2 petang...Masa untuk keluar...Aku menyapu bersih voucher yang masih belum disemak oleh Liza,officer yang paling muda dan sporting bagi kami...Aku mula mengira setiap keping note dan membalas jumlah yang dipaparkan pada skrin komputer..Balanced...Aku lega...Satu lagi episod cemerlang aku dalam menghadapi serbuan gila para pelanggan dan dalam masa yang sama memastikan cash aku sentiasa balanced...Heheh..Aku keluar tepat pada jam 2.30 petang....Namun,aku terpaksa singgah sebentar ke pejabat Baitulmal kerana baru sebentar tadi aku telah menerima panggilan daripada seorang pegawai lelaki yang mendakwa borang yang telah aku hantar menghadapi sedikit masalah..Setibanya aku di pintu pejabat,aku terus melangkah masuk dan mengucapkan salam ke arah seorang pegawai wanita yang bertugas...Aku dirujuk kepada pegawai lelaki yang telah menelefon aku sebentar tadi...Menurutnya aku terpaksa melengkapkan sekali lagi borang tersebut kerana pengesahan yang dilakukan adalah tidak sah memandangkan jawatan pengesah tersebut adalah pengerusi dan bukannya ketua kaum...Aduh...Aku mengeluh...Setelah berbual seketika bersama pegawai tersebut,aku terus meminta diri dan melangkah pantas ke rumah memandangkan aku sudah kelewatan untuk makan tengah hari..Setibanya aku di rumah ,aku melihat kelibat sepupu ku yang entah bila datangnya..Aku menyapa dan berbual sebentar sambil menanggalkan pakaian lantaran cuaca yang amat terasa bahangnya....Aku lantas dihidangkan ibu sepinggan nasi berlaukkan kari ayam...Cukup menyelerakan bagiku...Monday, May 18, 2009
Aku Dah Balik...
Berita sensasi pulak,aku dapat tawaran pengajian daripada Politeknik Mukah dalam kursus Kejuruteraan Awam...Itu sememangnya satu berita yang menggembirakan tapi dalam masa yang sama itu jugak telah membuatkan aku berada dalam dilemma..Mana tidaknya,aku terpaksa memilih antara dua la plak...Hmmm....Sekarang ni aku masih menunggu jawapan dari Human Resources sama ada aku dapat memohon untuk study leave atau tidak...Kalau tidak diluluskan bermakna aku terpaksa la resigned dari jawatan aku sekarang...Fikir-fikir balik aku sayang gak dengan kerja aku sekarang...Korang kan tau yang sekarang memang susah nak carik kerja...Even yang graduate pun masih menganggur dan gagal untuk mencari sebarang pekerjaan..Aku pulak dah dapat kerja senang-senang nak resigned...Actually aku sememangnya masih berminat untuk melanjutkan pelajaran..Kalau boleh aku tak nak berhenti setakat spm je..Masalahnya sekarang,aku mendengar pelbagai pendapat dari pelbagai pihak...Sesetengahnya menyokong hasrat aku untuk melanjutkan pelajaran,kerana ia akan membuka peluang yang lebih luas untuk aku dalam bidang pekerjaan nanti..Yang tidak menyokong lagi la banyak..Mereka mempersoalkan jaminan keputusan aku memilih untuk belajar...Adakah aku pasti akan mendapat pekerjaan setelah tamatnya pengajian aku nanti?Hmm...Aku berserah je la nampaknya...Kalau ada rezeki aku,di situ la aku akan muncul...
Berita luar negara .....Takde la plak...The latest aku plan nak g sabah..Sapa nak ikot...Jomla ..(Aku dah update aku punye radio..Aku perlu bantuan korang..Kalau korang dapat dengar aku punya radio cakap ek n vice versa...choww....)
Thursday, March 12, 2009
Frust....Markah MTQ mengecewakan...
Tuesday, February 3, 2009
It's my 19th...
Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi diberi peluang untuk memandang dan merasai keindahan dunia maya ciptaanNya ini...Hari ini aku berusia 19 tahun...Aku cukup merasai kedewasaan ini yang membuatku sering berfikir dan mengeluh betapa pantasnya masa berlalu..Pejam celik pejam celik dah 19 tahun..Tahun depan dah masuk 20-an...Sebenarnya aku masih lagi gagal menerima dan memahami hakikat bahawa aku sudah hampir melangkah ke alam dewasa..Bukan lagi remaja seperti dulu...Hmm...Aku sememangya merindui zaman-zaman remajaku...Seperti kebiasaan,aku dan keluarga tidak mengadakan apa-apa parti untuk meraikannya...Lahir dan hidup dalam keluarga yang serba kekurangan membuatkan aku tidak terlalu obses untuk meraikannya... Sejujurnya memang terdapat keinginan di hati untuk menjadi seperti remaja-remaja lain yang dimanjakan oleh keluarga...Dihadiahkan dengan pelbagai barangan dan diraikan dengan penuh kesempurnaan...Namun aku menyedari bahawa itu semua tidak penting dan aku tidak akan mati kalau tidak merasai suasana seperti itu...Bagi aku,hidangan mee goreng yang disediakan ibu cukup membahagiakan walaupun ianya amat sederhana..Paling penting,aku ada bersama keluarga dan sentiasa diredhai olehNya...Harapan aku sempena hari lahir kali ini agar aku dapat menyempurnakan impian aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi....InsyaAllah aku akan melangkah ke arahnya dalam tahun ini...Sunday, February 1, 2009
My Lappy problem la...
Saturday, January 31, 2009
Pun ada jugak yang ambil kesempatan..
Monday, January 26, 2009
Gong Xi Fa Chai..

GONG XI FA CHAI
Xien Nien Kuai Le...Wan Shi Ru Yi
Saturday, January 24, 2009
Seperti Yang Dulu...
Tiada guna kau berjanji
Semuanya telah berakhir
Semuanya telah berakhir
Wednesday, January 21, 2009
Masuk Kerja Semula...
Aku melangkah dengan perasaan yang amat berat..Menuju ke arah tempat aku bekerja mengambil masa 10 minit bagi pejalan kaki yang pantas seperti aku...Aku masih terasa kosong dan sunyi...Entahlah..Aku rindu ke pada Tok Ngah..?Atau aku sememangnya masih gagal menerima hakikat pemergian Tok Ngah..?Aku menghela nafas panjang...Aku terus berjalan melalui bangunan kedai dan sekolah yang awal2 pagi lagi telah riuh dengan suara penghuninya..Mendengar pada loceng sekolah yang berbunyi,aku tersentak...Aku sedar aku bakal kelewatan jika aku gagal sampai dalam masa 5 minit...Aku menghayun pantas langkahanku dan menjejaki destinasi tepat-tepat pada waktunya..huh...Aku tersengih sendiri sambil mengeluh kerana agak kepenatan berjalan tadi...Aku lantas masuk ke dalam,melempar sinis senyuman ke arah rakan sekerja ku yang mungkin masih tertanya-tanya ke mana perginya aku selama dua hari sebelumnya..Tambahan pula aku mengambil EL yang tiada sorang pun maklum kecuali boss aku..Aku terus menuju ke arah meja yang ku lihat telah tersedia ada report-report yang menanti untuk diteliti..Aku menyemak semua muka yang ada..Alhamdulillah..Hari ini tak ada pulak surat-surat yang perlu aku buat...Setelah menyelesaikan semua tugas awal ku,aku duduk kembali merenung ke arah luar pintu grill yang dilabuhkan setengah menanti waktu operasi rasmi kami...Tok Ngah kembali menyusup ke dalam fikiranku...Dulu,aku akan menutup telinga sambil memainkan anak mata apabila Tok Ngah membebel padaku...Aku ingkar cakap Tok Ngah bila dia melarang aku bermain di tepi sungai...Namun,semua itu tidak akan aku dengari lagi sekarang...Pergilah bermain puas-puas..Bukaklah telinga kau puas-puas...Hatiku berkata kesal...Sekarang kau takkan lagi mendengar suara si tua tu membebel...Aku tau Tok Ngah sayangkan aku..Tapi itu semua pengalaman sewaktu aku masih menjadi anak kecil yang sememangnya sebati dengan sikap yang sebegitu...Monday, January 19, 2009
Meet Uncle Hussein Kekalkan Dominasi Pop Rock & Indie Band..

Setelah kejayaan sebuah indie band,Estranged, dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu ke 22 yang lepas,Stadium Bukit Jalil sekali lagi gamat dengan ribuan suara penonton yang hadir bagi menyaksikan terciptanya satu lagi sejarah dalam industri muzik tanah air dimana sebuah lagi independent band telah dinobatkan sebagai Juara Lagu 2008 dengan mempertaruhkan genre music yang sama iaitu Pop Rock...Terkesima dengan pengumuman yang telah dibuat oleh pengacara Cheryl Samad,para penonton seakan-akan tidak percaya akan kejayaan Meet Uncle Hussein yang mengetepikan cabaran hebat Faizal Tahir yang tampak begitu berpeluang untuk menjadi juara selain pemenang bagi anugerah kategori Etnik Kreatif , Farawahida .... Kemenangan ini telah membuktikan bahawa kumpulan-kumpulan sebegini sememangnya mempunyai tempat dan masa depan yang cerah di dalam industri muzik tanah air kita..
Dengan penuh perasaan dan ketelitian vokal,Faizal telah berjaya menambat hati para juri untuk memberikannya markah yang terbaik sekaligus menjadikan anugerah vokal terbaik menjadi miliknya menerusi lagu yang berjudul Sampai Syurga...Lagu tersebut juga telah memperlihatkan kehebatan koreografi yang telah disusun untuk lagu tersebut dimana motif persembahan seakan-akan menyerupai klip video penyanyi barat Leona Lewis,dalam lagu Better In Time yang telah membolehkan Faizal merangkul anugerah Persembahan Terbaik pada malam tersebut..


Bagi kategori Balada,persaingan yang amat hebat dapat disaksikan oleh para penonton dimana sebanyak 6 buah lagu telah bertanding bagi merebut gelaran juara...Faizal Tahir yang telah membolot dua slot ke peringkat akhir pada tahun ini telah mengulangi pencapaiannya pada tahun lepas dimana Sampai Syurga dan Cuba telah layak untuk ke peringkat akhir...Penyanyi yang bersuara lantang ini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menyingkir 4 finalis yang lain menerusi lagu Sampai Syurga..Lagu tersebut telah berjaya mengetepikan Dingin nyanyian mantap Ziana Zain yang pernah menjuarai kategori ini pada tahun 1998 menerusi lagu Puncak Kasih....Mendendangkan lagu Bila Nak Saksi,kumpulan Spider bagaimanapun turut gagal menandingi Faizal dan mengulangi sejarah Relaku Pujuk yang telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 19...Namun begitu,percubaan hebat oleh dua pendatang baru,Aizat(Akademi Fantasia) dan Ayu(One In A Million) juga harus diberikan kredit atas kejayaan mereka melayakkan diri ke peringkat akhir bagi kategori yang cukup hebat persaingannya ini,walaupun persembahan mereka belum cukup mantap untuk menandingi tahap persembahan Faizal Tahir selaku juara bagi kategori ini...
Pada anugerah kali ini,nasib tidak menyebelahi kumpulan yang baharu saja menjadi juara AJL yang lepas iaitu Estranged..Walaupun layak ke peringkat akhir,Estranged gagal mengulangi kegemilangannya pada tahun lepas di mana lagu Itu Kamu berjaya menambat hati juri dan terus menobatkan mereka sebagai Juara Lagu ke 22...Kali ini Estranged telah mempertaruhkan lagu yang berjudul Yang Pernah..Persaingan bagi kategori Pop Rock yang terdiri daripada artis-artis yang berkebolehan seperti Elyana,Sofaz,Estranged,MUH dan Stacy sememangnya hebat dan sengit di mana juara bagi kategori ini lah yang telah merangkul anugerah Juara Lagu semalam...
Lagu Untukmu hasil ciptaan ahli kumpulan itu sendiri iaitu Taja,Tas dan Lan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di kalangan anak muda yang sering menjadikan lagu ini sebagai lagu siulan mereka...Suara para penonton yang bersorak bagai memecahkan tembok stadium tersebut sebaik sahaja Meet Uncle Hussein diumumkan sebagai juara kategori dan Juara Lagu ke 23....Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan MUH atas kejayaan mereka pada AJL kali ini..

Wednesday, January 14, 2009
CeMek...
Monday, January 12, 2009
2008 Dalam Kenangan..Azam 2009?
Pejam celik pejam celik tahun 2008 berlalu meninggalkan kita dengan coretan peristiwa yang pelbagai...Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, adakah kita sebagai individu yang berwawasan telah mencapai segala azam yg penah dihasratkan di dalam hati pada awal tahun dahulu?Adakah perjalanannya berjalan lancar seperti yang dikehendaki?Bagi mereka yang belum mencapai apa yang diazamkan,ambillah sedikit waktu untuk bermuhasabah diri dan berfikir sejenak..Merenung kembali dimanakah dan apakah salah dan silap kita sehingga ianya membantutkan perancangan yang telah diatur...Mungkin kita terlalu leka dan alpa dengan perjalanan masa tanpa menyedari bahawa hari yang melewati bulan dan tahun berlalu begitu pantas dan bersahaja tanpa menoleh dan menunggu kita...Pelbagai peristiwa telah melewati kehidupan kita sepanjang tahun ini dimana sedikit sebanyak ianya telah memberi kesan atau perubahan di dalam kehidupan seharian kita...Kejayaan yang dikecapi mungkin telah memberikan inspirasi dan anjakan terbesar bagi individu yang sentiasa inginkan kejayaan dan berusaha dengan gigih...Bagi individu yang mengalami kegagalan pula,itu adalah satu ujian yang mungkin amat mengecewakan namun kegagalan itulah yang menjadi pengajaran agar kita berusaha dengan lebih tekun dan gigih serta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai azam tahun baru 2009 dengan jayanya...Bagi diriku sendiri,tahun 2008 penuh dengan peristiwa suka dan duka,peristiwa yang banyak memberi impak ke atas diriku...Berlalu tahun getir diriku 2007,sebagai pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan telah banyak membuat diriku sedar...Aku semakin hampir ke alam dewasa yang menjanjikan seribu dugaan dan cabaran dalam usaha untuk menentukan masa depanku...Keputusan SPM yang diumumkan pada awal 2008 memperlihatkan hasil yang tidak begitu memberangsangkan...Keputusan tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan aku sedar akan kesilapan diriku yang tidak mementingkan pelajaran semasa menuntut di SMK...Namun begitu,tiada apa yang perlu aku kesali kerana segalanya akan menjadi pengajaran kepada diriku agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan..Mac 2008 menyaksikan penyertaan diriku buat pertama kali dalam Majlis Tilawah Al-Quran bagi kategori dewasa...Berbekalkan minat yang amat mendalam semenjak di bangku persekolahan dan sedikit ilmu,penyertaan itu bertujuan untuk mencari pengalaman tanpa mengharap untuk melangkah ke peringkat yang lebih jauh..Namun alhamdulillah,aku telah tersenarai di antara 10 Qari yang mendapat markah yang tertinggi dan layak untuk bertanding ke Peringkat Negeri bagi memilih wakil bagi Negeri Sarawak...Jun 2008,menyaksikan aku adalah satu2nya Qari dewasa yang paling muda...berumur 18 tahun..Walaupun tidak mendapat 3 tempat terbaik namun pengalaman bersaing dengan Qari-qari yang berpengalaman sedikit sebanyak memberikan aku sedikit pengalaman dan pengajaran..Aku menyedari lebih banyak yang perlu aku pelajari untuk menempatkan diriku di kalangan yang terbaik...Peristiwa terbesar yang terjadi pada diriku mungkin saat aku diterima bekerja...Mei 2008 merupakan bulan yang cukup bertuah bagi diriku...Syukur ke hadrat Ilahi kerana membuka pintu rezeki untuk diriku dan keluargaku..Walaupun hanya satu pekerjaan biasa namun ia bagiku mencukupi sementara menanti peluang untuk aku menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...Thursday, January 1, 2009
Selamat Tahun Baru 2009..
Tepat jam 12:00 tengah malam menyaksikan ribuan rakyat malaysia dan yang sewaktu dengannya menyambut ketibaan detik yang membawa ke tahun baru 2009...Percikan bunga api yang meriah dan bewarna warni hanya dapat ku saksikan melalui kaca televisyen 29 inchi di rumah kami...Bagi tempat yang agak terpencil seperti kawasan aku,perayaan sambutan begini amat jarang diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini...Aku hanya dapat menyaksikan pesta sambutannya apabila Sarikei dipilih menjadi tuan rumah peringkat negeri pada beberapa tahun yang lepas...Namun,aku tetap bersyukur kerana semua yang berlaku itu pasti ada kebaikan dan keburukan...Yer,aku tahu..Bagi mereka yang dapat meraikan mungkin keseronokan dapat dirasai dan kami pula merasa kesunyian..Tapi sekurang-kurangnya kami dapat melalui malam tahun baru dengan penuh aman damai dan tenang berbanding dengan kota-kota besar yang pasti riuh rendah dengan mat rempitnya dan pelbagai masalah sosial yg tidak mungkin dapat dielakkan pada malam-malam sebegitu...Hmm...Talian sms dan telefon nampaknya terjejas teruk...Hampir kesemua mesej ucapan selamat dari kawan-kawanku hanya dapat diterima selepas jam 2 pagi...Namun begitu,itu tidak menghalang kita untuk terus menghantar ucapan selamat kepada sahabat handai dan taulan...Ada di antaranya yang mengadakan parti,meronda,clubbing dan sebagainya..Namun harus kita ingat,2009 seharusnya dijadikan titik tolak permulaan azam baru dalam hidup kita....Tetapkan arah tujuan yang sebenar dan berusaha keras ke arahnya...Bagi diriku sendiri,aku ingin mencapai cita-citaku untuk menyambung pelajaran ke arah yang lebih tinggi,InsyaAllah pada sesi Julai ini...Amin...Disini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Masihi 2009...Happy New Year semua...Gudluck for this 2009...
