Monday, January 12, 2009

2008 Dalam Kenangan..Azam 2009?

Pejam celik pejam celik tahun 2008 berlalu meninggalkan kita dengan coretan peristiwa yang pelbagai...Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, adakah kita sebagai individu yang berwawasan telah mencapai segala azam yg penah dihasratkan di dalam hati pada awal tahun dahulu?Adakah perjalanannya berjalan lancar seperti yang dikehendaki?Bagi mereka yang belum mencapai apa yang diazamkan,ambillah sedikit waktu untuk bermuhasabah diri dan berfikir sejenak..Merenung kembali dimanakah dan apakah salah dan silap kita sehingga ianya membantutkan perancangan yang telah diatur...Mungkin kita terlalu leka dan alpa dengan perjalanan masa tanpa menyedari bahawa hari yang melewati bulan dan tahun berlalu begitu pantas dan bersahaja tanpa menoleh dan menunggu kita...Pelbagai peristiwa telah melewati kehidupan kita sepanjang tahun ini dimana sedikit sebanyak ianya telah memberi kesan atau perubahan di dalam kehidupan seharian kita...Kejayaan yang dikecapi mungkin telah memberikan inspirasi dan anjakan terbesar bagi individu yang sentiasa inginkan kejayaan dan berusaha dengan gigih...Bagi individu yang mengalami kegagalan pula,itu adalah satu ujian yang mungkin amat mengecewakan namun kegagalan itulah yang menjadi pengajaran agar kita berusaha dengan lebih tekun dan gigih serta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai azam tahun baru 2009 dengan jayanya...Bagi diriku sendiri,tahun 2008 penuh dengan peristiwa suka dan duka,peristiwa yang banyak memberi impak ke atas diriku...Berlalu tahun getir diriku 2007,sebagai pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan telah banyak membuat diriku sedar...Aku semakin hampir ke alam dewasa yang menjanjikan seribu dugaan dan cabaran dalam usaha untuk menentukan masa depanku...Keputusan SPM yang diumumkan pada awal 2008 memperlihatkan hasil yang tidak begitu memberangsangkan...Keputusan tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan aku sedar akan kesilapan diriku yang tidak mementingkan pelajaran semasa menuntut di SMK...Namun begitu,tiada apa yang perlu aku kesali kerana segalanya akan menjadi pengajaran kepada diriku agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan..Mac 2008 menyaksikan penyertaan diriku buat pertama kali dalam Majlis Tilawah Al-Quran bagi kategori dewasa...Berbekalkan minat yang amat mendalam semenjak di bangku persekolahan dan sedikit ilmu,penyertaan itu bertujuan untuk mencari pengalaman tanpa mengharap untuk melangkah ke peringkat yang lebih jauh..Namun alhamdulillah,aku telah tersenarai di antara 10 Qari yang mendapat markah yang tertinggi dan layak untuk bertanding ke Peringkat Negeri bagi memilih wakil bagi Negeri Sarawak...Jun 2008,menyaksikan aku adalah satu2nya Qari dewasa yang paling muda...berumur 18 tahun..Walaupun tidak mendapat 3 tempat terbaik namun pengalaman bersaing dengan Qari-qari yang berpengalaman sedikit sebanyak memberikan aku sedikit pengalaman dan pengajaran..Aku menyedari lebih banyak yang perlu aku pelajari untuk menempatkan diriku di kalangan yang terbaik...Peristiwa terbesar yang terjadi pada diriku mungkin saat aku diterima bekerja...Mei 2008 merupakan bulan yang cukup bertuah bagi diriku...Syukur ke hadrat Ilahi kerana membuka pintu rezeki untuk diriku dan keluargaku..Walaupun hanya satu pekerjaan biasa namun ia bagiku mencukupi sementara menanti peluang untuk aku menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...

0 comments:

Post a Comment

 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret