Aku melangkah dengan perasaan yang amat berat..Menuju ke arah tempat aku bekerja mengambil masa 10 minit bagi pejalan kaki yang pantas seperti aku...Aku masih terasa kosong dan sunyi...Entahlah..Aku rindu ke pada Tok Ngah..?Atau aku sememangnya masih gagal menerima hakikat pemergian Tok Ngah..?Aku menghela nafas panjang...Aku terus berjalan melalui bangunan kedai dan sekolah yang awal2 pagi lagi telah riuh dengan suara penghuninya..Mendengar pada loceng sekolah yang berbunyi,aku tersentak...Aku sedar aku bakal kelewatan jika aku gagal sampai dalam masa 5 minit...Aku menghayun pantas langkahanku dan menjejaki destinasi tepat-tepat pada waktunya..huh...Aku tersengih sendiri sambil mengeluh kerana agak kepenatan berjalan tadi...Aku lantas masuk ke dalam,melempar sinis senyuman ke arah rakan sekerja ku yang mungkin masih tertanya-tanya ke mana perginya aku selama dua hari sebelumnya..Tambahan pula aku mengambil EL yang tiada sorang pun maklum kecuali boss aku..Aku terus menuju ke arah meja yang ku lihat telah tersedia ada report-report yang menanti untuk diteliti..Aku menyemak semua muka yang ada..Alhamdulillah..Hari ini tak ada pulak surat-surat yang perlu aku buat...Setelah menyelesaikan semua tugas awal ku,aku duduk kembali merenung ke arah luar pintu grill yang dilabuhkan setengah menanti waktu operasi rasmi kami...Tok Ngah kembali menyusup ke dalam fikiranku...Dulu,aku akan menutup telinga sambil memainkan anak mata apabila Tok Ngah membebel padaku...Aku ingkar cakap Tok Ngah bila dia melarang aku bermain di tepi sungai...Namun,semua itu tidak akan aku dengari lagi sekarang...Pergilah bermain puas-puas..Bukaklah telinga kau puas-puas...Hatiku berkata kesal...Sekarang kau takkan lagi mendengar suara si tua tu membebel...Aku tau Tok Ngah sayangkan aku..Tapi itu semua pengalaman sewaktu aku masih menjadi anak kecil yang sememangnya sebati dengan sikap yang sebegitu...Aku mula renggang dengan Tok Ngah apabila aku memasuki alam remaja...menjejaki alam persekolahan menengah..Perubahan normal pada seseorang remaja menjadikan aku sebagai seorang yang mula mencari kawan sebagai orang kedua dalam hidup...Hubungan erat antara keluarga mula berkurangan...Ditambah lagi kami jarang-jarang balik ke kampung...Aku terkilan...Aku gagal untuk menemui Tok Ngah sewaktu keadaan nya yang teruk di hospital...Aku terikat pada komitmen pekerjaan ku...Aku ditinggalkan dan hanya ibu dan adik yang pergi melawat Tok Ngah...Siapa sangka sekembalinya ibu dari melawatnya pada Ahad yg lepas,Tok Ngah telah pergi buat selamanya...Aku seakan tidak percaya kerana menurut ibu Tok Ngah telah mula kelihatan cergas dan sihat kembali sebelum pemergiannya pada petang itu..Mungkin itu kudrat terakhirnya bagi membahagiakan perasaan ahli keluarganya..Aku tersentak sekali lagi...Tiba masa untuk bekerja...Namun begitu,aku seakan-akan hilang mood untuk bekerja...Hmm...Semua yang aku buat serba tak menjadi...Ditambah dengan masalah dari seorang pelanggan..Aduh..Aku rasa nak bagai nak menjerit je...Aku sendiri merasa hairan mengapa aku terlalu emosional hari ini...Hari yang cukup sibuk ini bagaimanapun aku tempuhi dengan tabah...Jam menunjukkan 5:30 petang..Aku terasa hendak cepat pulang dan sebagai tindak balas kehendak ku itu,aku harus menyiapkan segera segala pekerjaan ku..Hasratku itu kembali mati setelah aku terleka menguruskan sebuah kes yang dibawah jagaan ku..Teringat dengan isi bicara aku dengan bos,aku terasa geram pulak dengan pihak yang tertentu yang suka-suka je nak cakap itu ini...Aku rasa bagai nak berhenti kerja saat itu jugak...Mulut manusia ni,susah betul nak ditutup..Tapi aku tahu siapa yang kutuk aku...Dia pun apa kurangnya..Semua mengata pasal dia..Orang di tempat aku tu semua talam dua muka..Manusia macam-macam jenis ada...Segalanya selesai lewat jam 7...Aku mengemas semua fail-failku...Aku sampai ke rumah hampir-hampir 7:30...Hari ini agak meletihkan...
0 comments:
Post a Comment