Perjumpaan pertama telah diadakan bagi kelab kembara di kampus kami...Aku merupakan salah seorang yang telah berjaya terpilih untuk menjadi ahli bagi kelab tersebut..Pada mulanya aku bingung jugak sebab borang pendaftaran modul aku belum lagi ditandatangani oleh pensyarah kelab tersebut..Kalau la aku kena remove dari senarai,terpaksa la aku buat surat rayuan untuk memohon kelab yang lain..Semua pelajar semester 2 diwajibkan untuk mengambil kursus R2001 Ko-Kurikulum dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menggagalkan aku bagi subjek tersebut...Erm,tapi bila Encik Jo cakap pasal plan yang akan dijalankan bagi kelab ini,rasa macam best je...Huhu...Kalau takde halangan kami mungkin akan mengembara ke Taman Negara Bako untuk aktiviti ala-ala explorace..Hahaha..Mesti best kan korang... :PErm apa lagi yang aku nak cakap ni...Aku takde idea lagi la...Lagipun pasni wireless kat sini dah nak kena block..Tak sempat plak nak publish...So,see u next time doe..


Masa berlalu dengan begitu pantas sekali...Aku seolah-olah masih merasakan sambutan bagi tahun 2009 yang lalu masih lagi segar dan hangat...Namun hakikatnya , 2010 menyingkap tirai barunya dan meninggalkan tahun 2009 dengan berbagai peristiwa suka duka,pahit manis dan sebagainya...Bagi aku sendiri pelbagai peristiwa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2009...Namun biarlah peristiwa-peristiwa itu semua menjadi kenangan manis mahupun pengajaran bagi diri aku sendiri..