Aku rasa macam dah tak sabar nak menghabiskan semester ini...Hakikatnya semangat aku untuk belajar kian terhakis dek perasaan yang kecewa...Kecewa dengan pihak pengurusan yang boleh dikatakan tidak adil dan menyusahkan pelajar...Paling malang,peraturan-peraturan yang "pelik-pelik" dikuatkuasakan pada batch aku..Kenapa tidak dari dulu?Hmm...Aku mengharapkan suasana yang selesa dan tenang untuk belajar,tetapi kami telah ditetapkan nombor bilik tanpa mengira sama ada kami setuju atau tidak..Mungkin dari sudut pemerhatian mereka ini adalah untuk kebaikan dalam sistem pengurusan tetapi aku percaya ketidakselesaan pelajar juga tidak boleh diambil ringan kerana ini boleh menjejaskan suasana kehidupan seharian pelajar yang secara tidak langsung akan menjejaskan mutu pengajian mereka...Seperti aku sendiri,sentiasa ingin melarikan diri dari suasana riuh yang tidak upah seperti fun fair di bilik itu..Bilik itu mungkin hanya akan digunakan sebagai tempat tidur dan bertukar pakaian sahaja..Kalau sudah dari tengah malam sampai ke pagi keriuhan tidak berhenti bagaimana aku hendak mendapatkan ketenangan dan rehat yang cukup...Aku cuba untuk memohon pertukaran bilik tetapi tidak diterima sedangkan terdapat pelajar-pelajar yang lain diluluskan..Aku cukup kecewa...Ingin hati ini untuk berpindah keluar tetapi mengenangkan kembali risiko yang harus aku hadapi nanti membataskan keinginanku itu...Aku berdoa agar ditetapkan dan ditabahkan hati,perasaan,jiwa dan diriku ini dalam menempuhi kehidupan seharian aku di sini..Mudah-mudahan aku mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini yang hanya sementara,InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment