Wednesday, May 4, 2011

Insomnia

Teruknya rasa bila korang tiap-tiap tak boleh nak lelapkan mata walaupun dipaksa berjam-jam.. Itulah yang terjadi kat aku..Walaupun berjam-jam aku pejamkan mata cuba untuk melelapkan mata,namun usaha ku itu tetap gagal..Kalo di siang hari bukan main lagi rasa mengantuknya..Rasa dunia dah terbalik dan berpusing-pusing..Tapi demi tidur malam aku tahan diri aku dari rebah dan tewas pada godaan terlampau si syaitan yang ajak aku tido di siang hari...Beberapa hari ni telah aku elakkan tidur siang namun masalah yang sama masih berulang..Asal malam je menjelang mata aku terus segar ... Waktu-waktu mengantuk adalah pada tengah hari , petang selepas Asar sampai Isyak.. Lepas pukul 9 ambik kauuu....Tu dia mula bekerja sampai la pukul 3-4 pagi baru ada rasa mengantuk..

Tapi semalam merupakan satu percubaan yang berjaya bagi aku.. Petua untuk tidur awal mudah je sebenarnya..Di samping jangan tidur siang, penatkan diri anda dengan aktiviti seharian..Semalam aku pegi jogging awal pagi..Balik kerja peatng aku terus kuar dengan kawan dan habiskan masa merayau-rayau.. Balik dalam pukul 9.30pm kepenatan mula terasa.. Aku tau aku akan mula rasa mengantuk,so cepat-cepat aku mandi dan baringkan diri atas katil..

Bangun-bangun je jam pukul 6.30 pagi laaaa...Adohh, Subuh terlepas pulak..Apa-pun aku harap keadaan ini akan berterusan..Aku taknak dah abaikan tidur malam..Tak baik untuk kesihatan..Mungkin puncanya adalah disebabkan gaya hidup aku sebelum ni..Sebenarnya benda ni tak boleh diamalkan ..Ia akan menjadi satu amalan dan kebiasaan..Sebab dulu aku selalu lewat tido sebab leka sangat ber"FB"..Hahaha..Mungkin tu la sebabnya..

So,kepada sapa-sapa yang diluar sana mengalami keadaan yang sama macam aku, why not kita try kan.. Lagi satu jangan tensionkan diri fikir sangat pasal tak boleh tido ni..biar je macam natural..Yang penting jangan tidur siang dan lakukan aktiviti seharian yang boleh mengelakkan anda mendapat rehat yang terlebih cukup...OK?? Daaa...

0 comments:

Post a Comment

 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret