Masa berlalu dengan begitu pantas sekali...Aku seolah-olah masih merasakan sambutan bagi tahun 2009 yang lalu masih lagi segar dan hangat...Namun hakikatnya , 2010 menyingkap tirai barunya dan meninggalkan tahun 2009 dengan berbagai peristiwa suka duka,pahit manis dan sebagainya...Bagi aku sendiri pelbagai peristiwa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2009...Namun biarlah peristiwa-peristiwa itu semua menjadi kenangan manis mahupun pengajaran bagi diri aku sendiri..Aku malam sambutan tahun baru tak pergi mana2 pun..Cuaca pun kurang baik,sebab hujan dijangka turun bila2 masa je..Memang betol pun...Setengah jam lagi nak masuk tahun baru,hujan turun dengan lebatnya..Yess...Tidur dengan lena la jawabnya...Malam tersebut turut menyaksikan kejadian gerhana bulan..Erm..Aku nak tengok kejadian gerhana tu sebenarnya..Tapi tertidur awal pulak...
Pihak jawatankuasa masjid seluruh negara terutamanya masjid utama negara di KL telah mengadakan solat sunat bersempana dengan kejadian tersebut bagi menginsafi kekuasaan Allah SWT..Namun yang menjadi persoalan di dalam kepala aku,agak-agaknya berapa saf yang penuh kat masjid2 kita?Contohnya masjid negara...Hurmm..Rasanya ramai lagi kot yang kat dataran merdeka sambut tahun baru.. ;) Chiowww..