Showing posts with label AJL23. Show all posts
Showing posts with label AJL23. Show all posts

Monday, January 19, 2009

Meet Uncle Hussein Kekalkan Dominasi Pop Rock & Indie Band..


Setelah kejayaan sebuah indie band,Estranged, dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu ke 22 yang lepas,Stadium Bukit Jalil sekali lagi gamat dengan ribuan suara penonton yang hadir bagi menyaksikan terciptanya satu lagi sejarah dalam industri muzik tanah air dimana sebuah lagi independent band telah dinobatkan sebagai Juara Lagu 2008 dengan mempertaruhkan genre music yang sama iaitu Pop Rock...Terkesima dengan pengumuman yang telah dibuat oleh pengacara Cheryl Samad,para penonton seakan-akan tidak percaya akan kejayaan Meet Uncle Hussein yang mengetepikan cabaran hebat Faizal Tahir yang tampak begitu berpeluang untuk menjadi juara selain pemenang bagi anugerah kategori Etnik Kreatif , Farawahida .... Kemenangan ini telah membuktikan bahawa kumpulan-kumpulan sebegini sememangnya mempunyai tempat dan masa depan yang cerah di dalam industri muzik tanah air kita..
Iluminasi muzik merupakan tema yang telah dipilih pada tahun ini dimana konsep pentas dan pencahayaan yang mengagumkan telah menjadikan pentas gemilang AJL bergemerlapan dengan kilauan cahaya yang menyinari senarai lengkap para finalis-finalis AJL...Dikendalikan oleh 3 pengacara popular yang tidak asing lagi di mata penonton,Cheryl Samad,Faizal Ismail dan Ally Iskandar,malam anugerah cukup meriah dengan telatah mereka...Kumpulan yang telah memenangi sebuah rancangan realiti TV3 Gangstarz pada baru-baru ini iaitu kumpulan One Nation Emcees telah diberi kepercayaan untuk menjadi pembuka tirai bagi malam tersebut.Mempertandingkan 6 kategori anugerah,menyaksikan Faizal Tahir telah merangkul 3 anugerah dalam penampilan sulungnya dalam AJL walaupun lagunya pernah layak pada AJL yang lepas....


Dengan penuh perasaan dan ketelitian vokal,Faizal telah berjaya menambat hati para juri untuk memberikannya markah yang terbaik sekaligus menjadikan anugerah vokal terbaik menjadi miliknya menerusi lagu yang berjudul Sampai Syurga...Lagu tersebut juga telah memperlihatkan kehebatan koreografi yang telah disusun untuk lagu tersebut dimana motif persembahan seakan-akan menyerupai klip video penyanyi barat Leona Lewis,dalam lagu Better In Time yang telah membolehkan Faizal merangkul anugerah Persembahan Terbaik pada malam tersebut..


Bagi kategori Etnik Kreatif,Julfekar telah mempertaruhkan lagu Persoalan Cinta bagi menyaingi Doa Dalam Lagu nyanyian Zahid & Heliza serta Dusta Berkalang nyanyian Aiman...Didendangkan oleh seorang penyanyi yang berbakat,Farawahida,lagu ini sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai juara bagi kategori Etnik Kreatif tambahan lagi lagu tersebut telah menyaksikan kelainan dimana lagu tersebut diiringi dengan petikan "Er Hu" alat instrumental yang dibawa khas dan dimainkan oleh pemuzik dari negara tembok besar China..



Bagi kategori Balada,persaingan yang amat hebat dapat disaksikan oleh para penonton dimana sebanyak 6 buah lagu telah bertanding bagi merebut gelaran juara...Faizal Tahir yang telah membolot dua slot ke peringkat akhir pada tahun ini telah mengulangi pencapaiannya pada tahun lepas dimana Sampai Syurga dan Cuba telah layak untuk ke peringkat akhir...Penyanyi yang bersuara lantang ini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menyingkir 4 finalis yang lain menerusi lagu Sampai Syurga..Lagu tersebut telah berjaya mengetepikan Dingin nyanyian mantap Ziana Zain yang pernah menjuarai kategori ini pada tahun 1998 menerusi lagu Puncak Kasih....Mendendangkan lagu Bila Nak Saksi,kumpulan Spider bagaimanapun turut gagal menandingi Faizal dan mengulangi sejarah Relaku Pujuk yang telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 19...Namun begitu,percubaan hebat oleh dua pendatang baru,Aizat(Akademi Fantasia) dan Ayu(One In A Million) juga harus diberikan kredit atas kejayaan mereka melayakkan diri ke peringkat akhir bagi kategori yang cukup hebat persaingannya ini,walaupun persembahan mereka belum cukup mantap untuk menandingi tahap persembahan Faizal Tahir selaku juara bagi kategori ini...

Pada anugerah kali ini,nasib tidak menyebelahi kumpulan yang baharu saja menjadi juara AJL yang lepas iaitu Estranged..Walaupun layak ke peringkat akhir,Estranged gagal mengulangi kegemilangannya pada tahun lepas di mana lagu Itu Kamu berjaya menambat hati juri dan terus menobatkan mereka sebagai Juara Lagu ke 22...Kali ini Estranged telah mempertaruhkan lagu yang berjudul Yang Pernah..Persaingan bagi kategori Pop Rock yang terdiri daripada artis-artis yang berkebolehan seperti Elyana,Sofaz,Estranged,MUH dan Stacy sememangnya hebat dan sengit di mana juara bagi kategori ini lah yang telah merangkul anugerah Juara Lagu semalam...

Lagu Untukmu hasil ciptaan ahli kumpulan itu sendiri iaitu Taja,Tas dan Lan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di kalangan anak muda yang sering menjadikan lagu ini sebagai lagu siulan mereka...Suara para penonton yang bersorak bagai memecahkan tembok stadium tersebut sebaik sahaja Meet Uncle Hussein diumumkan sebagai juara kategori dan Juara Lagu ke 23....Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan MUH atas kejayaan mereka pada AJL kali ini..


Di samping itu,persembahan selingan oleh 3 vokalis mantap tanah air Jaclyn Victor,Jamal Abdillah,M.Nasir serta 3 orang kanak2 yang berbakat besar dalam bidang seni suara iaitu Wada,Haqiem dan Hafiz yang mendendangkan lagu Isabella turut menghiburkan dan mengagumkan para penonton sementara menanti pengumuman keputusan...
 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret