Monday, June 15, 2009

Lebih Kurang Dua Minggu Je Lagi.....

Pejam celik pejam celik,sungguh tak terasa waktu meninggalkan kita dengan begitu pantas....Hanya lebih kurang dua minggu je lagi,aku akan berundur dari kedudukan aku sekarang dan kembali bergelar sebagai seorang pelajar...Entah mengapa perasaanku tiba-tiba menjadi sayu dan pilu...Jiwaku merintih bagaikan menangisi kerinduan yang bakal aku hadapi nanti..Hmm....Anyway,hari ini cukup sibuk dan memenatkan...Kehadiran ABM yang baru menyebabkan ABM "lama" kami yang bakal berpindah agak sibuk kerana terpaksa memberi tunjuk ajar sepenuhnya dalam masa seminggu sebelum melangkah meninggalkan kami di sini...Kebiasaannya,beliau akan membantu aku untuk melengkapkan borang urusniaga yang lazimnya dibiarkan kosong oleh para pelanggan sebelum aku melaksanakan transaksi...Ini memudahkan dan melancarkan lagi pergerakan aku memandangkan aku adalah kaunter utama bagi amanah saham...Aku melihat ke arah jam yang hampir menunjukkan 2 petang...Masa untuk keluar...Aku menyapu bersih voucher yang masih belum disemak oleh Liza,officer yang paling muda dan sporting bagi kami...Aku mula mengira setiap keping note dan membalas jumlah yang dipaparkan pada skrin komputer..Balanced...Aku lega...Satu lagi episod cemerlang aku dalam menghadapi serbuan gila para pelanggan dan dalam masa yang sama memastikan cash aku sentiasa balanced...Heheh..Aku keluar tepat pada jam 2.30 petang....Namun,aku terpaksa singgah sebentar ke pejabat Baitulmal kerana baru sebentar tadi aku telah menerima panggilan daripada seorang pegawai lelaki yang mendakwa borang yang telah aku hantar menghadapi sedikit masalah..Setibanya aku di pintu pejabat,aku terus melangkah masuk dan mengucapkan salam ke arah seorang pegawai wanita yang bertugas...Aku dirujuk kepada pegawai lelaki yang telah menelefon aku sebentar tadi...Menurutnya aku terpaksa melengkapkan sekali lagi borang tersebut kerana pengesahan yang dilakukan adalah tidak sah memandangkan jawatan pengesah tersebut adalah pengerusi dan bukannya ketua kaum...Aduh...Aku mengeluh...Setelah berbual seketika bersama pegawai tersebut,aku terus meminta diri dan melangkah pantas ke rumah memandangkan aku sudah kelewatan untuk makan tengah hari..Setibanya aku di rumah ,aku melihat kelibat sepupu ku yang entah bila datangnya..Aku menyapa dan berbual sebentar sambil menanggalkan pakaian lantaran cuaca yang amat terasa bahangnya....Aku lantas dihidangkan ibu sepinggan nasi berlaukkan kari ayam...Cukup menyelerakan bagiku...
Aku melihat ke arah jam yang tepat menunjukkan pukul 3.15...Aku bergegas ke dapur,mencuci tangan kembali menyarung baju kemeja biru yang aku sangkut di penjuru kerusi...Aku terus menghayun langkah sambil tanganku menekan punat handphone untuk memaklumkan kepada Liza agar bersiap dengan segera...Setibanya aku di persimpangan jalan,aku mendapati Liza telahpun siap menunggu aku..
Sekembalinya kami di pejabat,aku dikejutkan dengan satu aduan yang telah dilakukan oleh seorang lelaki tua yang mendakwa telah ditipu oleh cucunya sendiri...Menurut rakanku,lelaki tersebut menyatakan bahawa pihak kami telah melakukan pengeluaran dari akaunnya sebanyak Lima Ribu Ringgit dan bukannya Seribu Ringgit seperti yang dikehendakinya...Namun,kami hanya melakukan transaksi atas kehendak pelanggan seperti yang tertulis di atas slip urusniaga...Perkara tersebut sebenarnya adalah di antara lelaki tersebut dan juga cucunya..Namun yang agak merisaukan kami adalah,kemungkinan pihak kami telah menyerahkan wang tersebut kepada cucunya...Namun begitu aku pasti,aku telah menyerahkan wang tersebut dengan disaksikan sendiri oleh lelaki tersebut kerana ia adalah standard practice bagi kami...Namun begitu aku akui kami mungkin tidak terlepas dari melakukan kesilapan memandangkan hari tersebut adalah pelancaran bagi Dana ASM yang telah sedia maklum dengan kesesakan yang bakal di hadapi...
Aku menyelesaikan semua tugasku tepat pada jam 5.15 dan hanya menunggu Liza untuk balik ke rumah....

Monday, May 18, 2009

Hujung Minggu yang membosankan...








Takde pape yang aku nak post...Dah boring2 tu,pegi taman tasik ambik pic bodoh je la...hehehe...Anyway,beriadah di taman rekreasi quite fun la frens...Sejuk mata "memandang".....(Pandang apa pulak tu...Shhhhhh!!!!)

Aku Dah Balik...

Lappy aku baru je kuar dari hospital ahad yang lepas...Seronoknya aku bukan main lagi...Hehehe...Seronok2 pun aku sekarang dah takut nak pakai,kalau online pun kejap2 je..Ye la,taknak la pulak lappy kesayangan aku ni buat hal lagi..By the way,there's a lot of thing happened around me in this few weeks...Salah satu yang agak menyedihkan ialah bos kesayangan kami yang paling sporting dah pun transfer ke cawangan Batu 7 Kuching...So,kami di gantikan dengan seorang bos pompuan yang baru tapi berpengalaman datangnya dari Bintulu..Ura-ura mengatakan yang bos baru tu rawww.....macam harimau...But so far,alhamdulillah dia ok..Yang terbaru dengar-dengar 2nd bos pulak yang nak kena transfer ke sibu...Huahuahua..Habis la ...Sedih yang teramat tu beb...Actually,cawangan kami adalah kombinasi terhebat gitu..hehehehe..Dengan bos dan pekerja yang gila2 semua..Even aku adalah adik kecil dia orang atau dengan bahasa formalnya staf yang paling junior dari segi pengalaman dan umur,otak aku pun dah sama gila dengan mereka kat situ...Kalau ada apa-apa function,yang paling heboh sure Sarikei Branch....
Lain-lain khabar pulak ialah aku tak berjaya untuk melayakkan diri ke Majlis Tilawah Al-Quran untuk peringkat negeri Sarawak...Markah aku jauh tertinggal di belakang..Sedih la jugak...Sedih bukan apa,dah la tuan rumah pada tahun ni Bandar Miri...Aku teringin sangat nak ke Miri..Bukan tak leh nak pegi lain waktu,cuma kalau nak tunggu lain kali,memang takkan sampai punye la..At least kalau ikut rombongan sampai jugak ke sana...Aku heran dan pelik la jugak kenapa markah aku jauh sangat merundum..Ntah apa yang aku baca sampai hakim tolak markah aku habis-habisan...Huhu..Anyway aku terima je la...Dah nasib aku tak de kan nak wat cam mane..Aku cuba tahun depan je la nampaknya..Tapi Miri takkan jadi tuan rumah untuk tahun depan itu yang tak bestnyerrrr.......

Berita sensasi pulak,aku dapat tawaran pengajian daripada Politeknik Mukah dalam kursus Kejuruteraan Awam...Itu sememangnya satu berita yang menggembirakan tapi dalam masa yang sama itu jugak telah membuatkan aku berada dalam dilemma..Mana tidaknya,aku terpaksa memilih antara dua la plak...Hmmm....Sekarang ni aku masih menunggu jawapan dari Human Resources sama ada aku dapat memohon untuk study leave atau tidak...Kalau tidak diluluskan bermakna aku terpaksa la resigned dari jawatan aku sekarang...Fikir-fikir balik aku sayang gak dengan kerja aku sekarang...Korang kan tau yang sekarang memang susah nak carik kerja...Even yang graduate pun masih menganggur dan gagal untuk mencari sebarang pekerjaan..Aku pulak dah dapat kerja senang-senang nak resigned...Actually aku sememangnya masih berminat untuk melanjutkan pelajaran..Kalau boleh aku tak nak berhenti setakat spm je..Masalahnya sekarang,aku mendengar pelbagai pendapat dari pelbagai pihak...Sesetengahnya menyokong hasrat aku untuk melanjutkan pelajaran,kerana ia akan membuka peluang yang lebih luas untuk aku dalam bidang pekerjaan nanti..Yang tidak menyokong lagi la banyak..Mereka mempersoalkan jaminan keputusan aku memilih untuk belajar...Adakah aku pasti akan mendapat pekerjaan setelah tamatnya pengajian aku nanti?Hmm...Aku berserah je la nampaknya...Kalau ada rezeki aku,di situ la aku akan muncul...

Berita luar negara .....Takde la plak...The latest aku plan nak g sabah..Sapa nak ikot...Jomla ..(Aku dah update aku punye radio..Aku perlu bantuan korang..Kalau korang dapat dengar aku punya radio cakap ek n vice versa...choww....)

Thursday, March 12, 2009

Frust....Markah MTQ mengecewakan...

11 dan 12 Mac yang lepas aku dijemput untuk menyertai Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Sarikei untuk kelayakan ke peringkat Negeri Sarawak yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti...Seperti biasa,aku membuat persediaan yang rapi sebelum memperdengarkan bacaan pada malam pertandingan...Aku tak sentuh pun benda2 sejuk dan pedas,semata-mata untuk mengharapkan suara yang memuaskan dan tahan lasak pada malam itu...Hujan turun dengan lebat pada petang hari tersebut...Semua peserta dikehendaki hadir untuk mencabut undi giliran dan surah..Aku tiba di Dewan Ijtimak JAIS kira-kira pada pukul 2:30 petang bersama dua orang temanku yang lain...Aku terus disuruh mengundi setibanya aku ke dalam dewan tersebut...Aku melihat makcik Faridah yang telah pun selesai membuat undian..Aku telah mencabut giliran yang ke 3 pada malam pertama dan akan memperdengarkan bacaan dari surah An-Nahl bermula dari ayat 111...

Ake sememangnya gagal untuk mengawal tekanan dan mental walaupun pada hakikatnya aku sudah sering kali menjejakkan kaki ke atas astaka bertahun2 semenjak di bangku persekolahan lagi...Perasaan gementar dan takut menyelubungi aku tanpa sebab yang kukuh...Segalanya terasa tidak mengena..Suara yang sebelumnya baik dan bertenaga terasa berat dan terhad...Walaupun berbotol air yang diminum,aku masih merasakan keadaan yang sama..Ternyata apa yang pernah dikatakan oleh mantan Qari Indonesia,Tuan Haji Muammar sememangnya berasas..Apabila seseorang itu gagal untuk mengawal mentalnya,dia secara tidak langsung telah pun tewas dari segi psikologi...Aku gementar ke berhadapan dengan para penonton...kenapa?atau aku gementar untuk dihakimi?...Aku bingung...Aku cuba untuk menenangkan diri....Setelah juruacara memanggil aku untuk memperdengarkan bacaan,jantungku semakin berdebar kencang..Aku semakin gugup sehinggakan aku gagal mengawal suara dan tidak membawa harakat jawab pada lagu terakhir...Namun aku masih lega,kerana hanya itu yang mungkin menyebabkan markah aku dipotong sebanyak 1 ataupun 2 mata...Aku yakin aku masih berpeluang untuk mendapatkan sekitar 80 markah kerana aku cukup berhati-hati dalam bacaan dan itu diakui oleh guruku sendiri dan para qari dan qariah yang lain...
Pada malam berikutnya aku telah diumumkan sebagai Johan...Namun apa yang mengejutkan aku adalah pengumuman oleh ketua jemaah hakim yang menyatakan bahawa markah bagi johan Qari menurun sebanyak 3% berbanding tahun lepas..Ini bermakna aku hanya mencapai 76% berbanding tahun lepas dimana aku juga telah menjadi johan...Aku seakan tidak percaya...Begitu juga dengan qari dan qariah yang lain...Apa yang telah aku lakukan sehingga terlalu banyak markah dipotong?Berbanding dengan johan bahagian qariah yang agak ketara kesalahannya iaitu tidak membawa harakat jawab pada dua lagu berbeza dan melanggar hukum Ikhfa' shafawi,aku sepatutnya mempunyai kelebihan,namun apa yang mengejutkan kami hanya dibezakan dengan 1 mata sahaja..Mungkin ke fasohah aku begitu teruk?Namun segalanya telah berlalu...Aku redha dengan keputusan tersebut...Para hakim lebih arif untuk menilai...Cuma aku terkilan kerana peluangku untuk layak ke peringkat negeri adalah amat tipis...

Tuesday, February 3, 2009

It's my 19th...

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi diberi peluang untuk memandang dan merasai keindahan dunia maya ciptaanNya ini...Hari ini aku berusia 19 tahun...Aku cukup merasai kedewasaan ini yang membuatku sering berfikir dan mengeluh betapa pantasnya masa berlalu..Pejam celik pejam celik dah 19 tahun..Tahun depan dah masuk 20-an...Sebenarnya aku masih lagi gagal menerima dan memahami hakikat bahawa aku sudah hampir melangkah ke alam dewasa..Bukan lagi remaja seperti dulu...Hmm...Aku sememangya merindui zaman-zaman remajaku...Seperti kebiasaan,aku dan keluarga tidak mengadakan apa-apa parti untuk meraikannya...Lahir dan hidup dalam keluarga yang serba kekurangan membuatkan aku tidak terlalu obses untuk meraikannya... Sejujurnya memang terdapat keinginan di hati untuk menjadi seperti remaja-remaja lain yang dimanjakan oleh keluarga...Dihadiahkan dengan pelbagai barangan dan diraikan dengan penuh kesempurnaan...Namun aku menyedari bahawa itu semua tidak penting dan aku tidak akan mati kalau tidak merasai suasana seperti itu...Bagi aku,hidangan mee goreng yang disediakan ibu cukup membahagiakan walaupun ianya amat sederhana..Paling penting,aku ada bersama keluarga dan sentiasa diredhai olehNya...Harapan aku sempena hari lahir kali ini agar aku dapat menyempurnakan impian aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi....InsyaAllah aku akan melangkah ke arahnya dalam tahun ini...
 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret