Assalamualaikum kepada semua..Dah lama aku tak update blog ni..Lately agak sibuk dengan pelbagai program..Baru-baru ni aku telah mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran IPT dan IPG Peringkat Borneo..Program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah ini telah berlangsung selama 3 malam di Dewan Canselor UMS bermula dari 1 sehingga 3 April 2011 yang lepas.
Seronok sangat bila pihak PMU panggil balik untuk menjadi wakil Qari walaupun aku masih dalam Latihan Industri.. :) ... Aku diiringi seorang pensyarah dari Jabatan Pengajian Am PMU iaitu Ustaz Zaidi..Kitorang bertolak pada 30 haribulan daripada Airport Mukah ke Miri dan seterusnya ke Kota Kinabalu..Seramai 10 orang Qari dan 8 orang Qariah telah mengesahkan penyertaan.
![]() | ||
| Di antara peserta MTQ yang dibawa jalan-jalan cari makan..heheh (Dari kiri : Nazrin,Aku,Dewi,Along,Narzeriah,Kak Adila,Hafiz...[Duduk] Shaufi dan Hadi) |
Actually aku masih lagi dalam keadaan batuk time pertandingan tu..So memang agak tak confident la untuk memperdengarkan bacaan..Sometime rasa nak tarik diri je dari pertandingan tapi mengenangkan ustaz yang bersungguh-sungguh berikhtiar aku redah je semua dugaan..hehe..Alhamdulillah,dengan berkat dan izin daripada yang Maha Esa Allah SWT, aku mampu untuk mengawal batuk semasa memperdengarkan bacaan..Allah makbulkan doa aku..Allahu Akbar...
Format MTQ kali ini tidak jauh bezanya dari Majlis Tilawah peringkat Kebangsaan cuma terdapat sedikit perubahan pada surah bacaan di mana para peserta diberi kebebasan untuk memilih surah.Aspek lain adalah seperti biasa dengan 2 Taranum wajib yang akan di undi. Aku telah memilih surah Al-An'am ayat 95 dengan membawa Taranum Wajib Hijaz dan Rast.Aku telah mencabut undi sebagai peserta ke 5 pada malam pertama majlis..
![]() |
| G bersama johan Qariah, Sofizah dari UMS |
Keputusan yang dimumkan memang tidak dijangka sama sekali..Aku telah dinobatkan sebagai Johan pada malam tersebut..Alhamdulillah..Tak sangka pulak ..Apapun keputusan penuh adalah seperti yang berikut :
Bahagian Qari
- Johan - Mohammad Faizul Bin Mohammad Aziz ( Aku sendiri dengan markah 78.5%)
- Naib Johan- Hadi Bin Mohd Sharkawi (UiTM Sarawak ~77%)
- Ketiga - Mohd Hafiz Batu Bara (IPG Kampus Gaya ~72.5%)
- Johan - Sofizah Bt Mousin (UMS ~ 76%)
- Naib Johan - Nor Adilah Bt Mohamad Zain (IPG Kampus Tawau ~ 74.5%)
- Ketiga - Dayang Narzeriah (IPG Kampus Miri ~ 61.5%)
![]() |
| Aku bersama dengan pengiring , Ustaz Zaidi |
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai MTQ IPT & IPG Borneo yang pertama..Kepada rakan-rakan peserta kita semua adalah yang terbaik,cuma rezeki itu di tangan Allah..Mungkin di arena lain anda akan lebih berjaya , siapa yang tahu kan?? :) Kepada Ustaz Zaidi, terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan..( Untuk makluman semua pelajar PMU , Ustaz Zaidi akan berpindah ke POLISAS bermula Sem depan..All The Best buat beliau..Jumpa lagi di masa akan datang ).....



2 comments:
Teruskan beraksi moga sukses selalu
KEmbara iman= terima kasih atas sokongan dan doanya.. =))
Post a Comment