Thursday, February 17, 2011

Reformat

Dua hari lepas,lappy kesayangan aku meragam..Tengah aku elok-elok bersihkan dia , aku tertekan butang power dan yang menghairankan aku belum lagi starting window dia dah launch Arcade Deluxe Media Player..Aku pun tunggu la kejap..Tapi tak leh nak exit..Aku pun terus offkan dia dan on balik..Rupa-rupanya windows dah corrupted..Asal on jer dia tak leh nak masuk windows dah..Dia akan secara automatik pergi ke Windows Recovery Option..Berkali-kali aku restart , on dan off tapi tetap tak leh..Aku frust..Esoknyer aku terus hantar ke kedai untuk diperbaiki..
Lappy nak kena jumpa doktor pakar
Aku harap semua barang-barang penting dalam lappy dapat diselamatkan..Tapi technician tu cakap mungkin jugak dah tak leh nak back-up..Adohai...Teruk la kalau macam tu..Dokumen,laporan lagu-lagu feveret semua akan hilang..Hurm...
Selepas beberapa jam aku hantar lappy tu untuk diperbaiki, aku menerima panggilan daripada technician  kedai tersebut..Dia nak bagitahu aku yang dia tak leh nak back-up..Hurm..Sedey nyer semua barang-barang aku akan hilang..Sekarang ni baru ada rasa menyesal kenapa la aku tak beli external drive dari dulu lagi..Kalau tak boleh jugak aku back up sendiri sebelum apa-apa terjadi..Hurm..Benda dah nak jadi kan..
Sekarang ni lappy aku dah dapat balik..Ianya seperti baru dilahirkan semula..huhuhuhu..Rindu aku pada sistem yang lama sebab technician tu install window 7 rupanya..Dulu aku pakai Vista..Sekarang ni aku kena carik satu-persatu benda yang dah hilang tapi aku tak tau nak start dari mana...

0 comments:

Post a Comment

 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret