Hurm..Tak lama lagi giliran bahagian Sarikei pulak untuk menghadapi Majlis Tilawah Al-Quran...Para hakim bergerak akan sampai sini dalam bulan Mac kot..Aku plak,belum lagi buat apa-apa preparation..Latihan pun sekali sekala sahaja..Bingung pun ada...Aku memang frust sangat dengan keadaan suara aku sekarang..Dah tak macam dulu..Hurm,tahun ini aku berazam untuk layak ke peringkat negeri Sarawak..InsyaAllah,tolong doakan lah yer..
Btw,untuk peringkat bahagian tahun ni,dengar-dengar undian tarannum wajib akan dilakukan sebagaimana peringkat negeri dan kebangsaan tahun lepas..Alamak..Habis lah aku kalau gini..Aku ada masalah dengan lagu Sikah terutamanya..Lagu Jiharkah aku pernah bawak tapi jarang guna,so masih tak confident..Hurm..Aku bingung sangat2,tambah-tambah lagi 2 jenis lagu tu kegemaran hakim untuk diuji di kalangan peserta..Haiyaa,any solution???
Di tempat aku ni tak banyak guru yang mengajar seni tarannum ni..Aku terpaksa belajar sendiri..Nasib baik dah ada asas tarannum so nak belajar sendiri boleh la jugak faham...Sekarang ni aku giat mencari contoh-contoh tarannum yang dibawakan oleh qari-qari lain terutamanya dari peserta peringkat kebangsaan pada tahun lepas..Pada sapa-sapa yang turut mengalami masalah seperti aku,korang boleh pergi ke laman Youtube dan carik kat sana..
Sampai sekarang aku masih lagi blur2 dengan tarannum Sikah ni..Aku mudah sangat terkeliru dengan Jiharkah..Asal aku masuk je lagu sikah,last2 mesti terjun gak dalam Jiharkah..Tu yang aku bingung sesangat nih..Tapi walau apapun,masa masih ada lagi beberapa minggu,so aku kena belajar betul-betul..Aku harap time tilawah tu nanti,aku dah boleh bawak 2 jenis tarannum ni dengan baik,InsyaAllah,amin..

0 comments:
Post a Comment