Seramai 12 orang perserta yang terdiri daripada 6 orang qari dan 6 orang qariah termasuk johan menunggu telah berjaya menempatkan diri ke peringkat ini setelah berjaya memperolehi markah tertinggi melalui peringkat daerah yang telah dianjurkan pada minggu sebelumnya.Salah seorang di antara peserta yang berjaya tu adalah aku.. :)
Kalau di peringkat daerah aku mendapat undian peserta pertama, kali ini plak aku mendapat giliran kedua terakhir iaitu peserta ke 11 ... Surah yang aku dapat agak senang,Al-Baqarah ayat 267 di samping tarannum wajib Soba dan Hijaz..Semua peserta terpaksa memperdengarkan bacaan pada malam pertama berikutan terdapat sedikit masalah di pihak hakim.
Alhamdulillah segalanya tampak ok pada malam tu..Suara aku bagi rileks cukup2 supaya takde masalah time nak baca nanti..Tapi tak disangka-sangka lain yang dirisau lain yang terjadi..Kalo sebelum ni aku mmg popular sangat ngan masalah suara tapi kali ini aku tersentak pada harakat pertama bayati..Tersemput nafas plus menahan batuk sehingga terpaksa berhenti dan mencuri nafas 2 kali sebelum wakaf..YA Allah..belum apa-apa markah dah kena potong .. Potongnya bukan sikit tapi banyak..Aku frust sangat..Tapi mujurlah aku tak terbawak-bawak takut nanti menjejaskan bacaan yang selepas tu..
Malam kedua ada pertandingan nasyid..3 buah kumpulan berentap untuk mendapatkan markah yang terbaik bagi kumpulan masing-masing..Menunggu pengumuman keputusan dari ketua hakim memang buat aku berdebar-debar..Aku sebenarnya tak kisah sangat bab-bab kedudukan..Yang paling aku harapkan adalah markah yang baik supaya aku dapat layak ke peringkat negeri..Amin..
Segalanya seperti yang diduga,markah aku yang paling teruk adalah di bahagian Fasahah..Aku hanya mampu untuk mendapat 12 daripada 20 markah..Memang habis kena potong..Aku sedikit kecewa sebab markah aku tak mencapai tahap yang aku inginkan..Tapi segalanya telah berlaku..Aku hanya mampu berdoa..Kalau ada rezeki takkan ke mana jugak..Apa-apapun aku juga telah menjadi johan untuk malam tersebut..Berikut adalah keputusan penuh untuk majlis tilawah tersebut..
QARI:
Kedua-Mohd Terang Bin Wasli
Ketiga-Tuan Haji Yahya Bin Osman
Ketiga-Tuan Haji Yahya Bin Osman
QARIAH:
Johan-Siti Maisara Binti Yahya
Kedua-Jamayah Binti Ahmad
Ketiga-Siot Binti Toi
Tahniah buat semua peserta.Kepada yang belum berjaya, tingkatkan usaha pada masa yang akan datang..InsyaAllah cuba lagi pada tahun hadapan..
Kedua-Jamayah Binti Ahmad
Ketiga-Siot Binti Toi
Tahniah buat semua peserta.Kepada yang belum berjaya, tingkatkan usaha pada masa yang akan datang..InsyaAllah cuba lagi pada tahun hadapan..

2 comments:
Tahniah La bro ya
Tumpang sekaki (walaupun xsama kaki hehe)
gembira punya sahabat macam ni.Semoga terus cemerlang ya bro.
Yanis ..thanks ya sahabat :)) hihihi
Post a Comment