Thursday, February 3, 2011

Selamat Ulang Tahun iEjOy

03 Februari...Maka sempurnalah aku selama 21 tahun di atas muka bumi ini..Hurm..Jauh di sudut hati aku masih ingin kembali ke zaman belasan tahun;zaman di mana aku masih bebas untuk bermain dan memilih jalan hidup..Namun aku tau aku seharusnya bangun dari mimpi..Aku kini sudah melangkah setapak lagi menuju ke alam dewasa..Terlalu banyak cerita dan kisah yang ingin aku coretkan sepanjang aku meninggalkan dunia blogging ini tapi buat masa sekarang aku belum berkesempatan...Entah mengapa,tanggal tarikh ulangtahun kelahiran aku pada kali ini telah membuatkan aku berfikir jauh ke dasar hati untuk menulis semula kisah hidupku setelah setahun aku menyepi...
Hari ini ibu dan adikku telah pergi ke kampung disebabkan terdapat urusan keluarga yang perlu diselesaikan..Tinggallah aku bersama ayah dan abangku..Namun aku tetap jugak bersendirian sebab ayah dan abang aku selalunya tak ada di rumah...Nak ajak kawan bukan takde..Cuma kawan baikku sekarang takde di sini...Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dan meraikan hari ulangtahun kelahiranku ini di KFC..Senang je kan..Aku order makanan dan terus je makan seorang diri..Walau jauh di hati kecilku turut merasa sedih,sunyi dan keseorangan di hari ulangtahun ku ini..Apa-apapun,Selamat Ulangtahun iEjOy..

Ayam Spicy,Chicken Rice,Cheezy Wedges & Hot Milo



Ni la yang aku makan tadi cukup untuk mengisi perut yang lapar seharian

Wednesday, January 20, 2010

KO-K

Perjumpaan pertama telah diadakan bagi kelab kembara di kampus kami...Aku merupakan salah seorang yang telah berjaya terpilih untuk menjadi ahli bagi kelab tersebut..Pada mulanya aku bingung jugak sebab borang pendaftaran modul aku belum lagi ditandatangani oleh pensyarah kelab tersebut..Kalau la aku kena remove dari senarai,terpaksa la aku buat surat rayuan untuk memohon kelab yang lain..Semua pelajar semester 2 diwajibkan untuk mengambil kursus R2001 Ko-Kurikulum dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menggagalkan aku bagi subjek tersebut...Erm,tapi bila Encik Jo cakap pasal plan yang akan dijalankan bagi kelab ini,rasa macam best je...Huhu...Kalau takde halangan kami mungkin akan mengembara ke Taman Negara Bako untuk aktiviti ala-ala explorace..Hahaha..Mesti best kan korang... :P
Erm apa lagi yang aku nak cakap ni...Aku takde idea lagi la...Lagipun pasni wireless kat sini dah nak kena block..Tak sempat plak nak publish...So,see u next time doe..

Tuesday, January 19, 2010

Hari Kedua balik ke kampus...

Aku rasa macam dah tak sabar nak menghabiskan semester ini...Hakikatnya semangat aku untuk belajar kian terhakis dek perasaan yang kecewa...Kecewa dengan pihak pengurusan yang boleh dikatakan tidak adil dan menyusahkan pelajar...Paling malang,peraturan-peraturan yang "pelik-pelik" dikuatkuasakan pada batch aku..Kenapa tidak dari dulu?Hmm...Aku mengharapkan suasana yang selesa dan tenang untuk belajar,tetapi kami telah ditetapkan nombor bilik tanpa mengira sama ada kami setuju atau tidak..Mungkin dari sudut pemerhatian mereka ini adalah untuk kebaikan dalam sistem pengurusan tetapi aku percaya ketidakselesaan pelajar juga tidak boleh diambil ringan kerana ini boleh menjejaskan suasana kehidupan seharian pelajar yang secara tidak langsung akan menjejaskan mutu pengajian mereka...Seperti aku sendiri,sentiasa ingin melarikan diri dari suasana riuh yang tidak upah seperti fun fair di bilik itu..Bilik itu mungkin hanya akan digunakan sebagai tempat tidur dan bertukar pakaian sahaja..Kalau sudah dari tengah malam sampai ke pagi keriuhan tidak berhenti bagaimana aku hendak mendapatkan ketenangan dan rehat yang cukup...
Aku cuba untuk memohon pertukaran bilik tetapi tidak diterima sedangkan terdapat pelajar-pelajar yang lain diluluskan..Aku cukup kecewa...Ingin hati ini untuk berpindah keluar tetapi mengenangkan kembali risiko yang harus aku hadapi nanti membataskan keinginanku itu...Aku berdoa agar ditetapkan dan ditabahkan hati,perasaan,jiwa dan diriku ini dalam menempuhi kehidupan seharian aku di sini..Mudah-mudahan aku mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini yang hanya sementara,InsyaAllah...

Sunday, January 3, 2010

Aku lulus dengan baik..


Alhamdulillah...Aku hari ni happy sangat sebab aku dah dapat result untuk exam bagi semester ini...Pada mulanya aku agak nervous sebab aku penah bagitau korang yang aku tak confident dengan last paper yang aku duduki iaitu Teknologi Konkrit..Namun,alhamdulillah,aku berjaya lulus dengan baik untuk semua subjek yang aku ambil..Bagi aku ini adalah permulaan yang amat baik bagi diriku untuk menempuhi semester yang akan datang...Aku harap pada sem yang akan datang aku lebih dikuatkan hati dan iman untuk belajar bersungguh-sungguh kerana sem depan merupakan sem yang lebih mencabar...Menurut senior sem 2 kami akan mempunyai 6 final paper...Lebih banyak berbanding kursus-kursus yang lain...
So,korang semua nak tau tak berapa yang aku dapat?hehehe..Erm takde la bagus sangat pon cuma bagi aku lulus dengan agak baik...Erm,aku dapat 4 flat untuk 8 subjek...Dua subjek aku dapat 3.00...Jadi keseluruhan aku punya pointer ialah 3.82...Harap-harap aku dapat kekalkan prestasi ini di sem-sem yang akan datang...Tapi senior kata,kalo lecturer tak ok,kita hard working cam mana pun,skor macam mana pun,dia akan bagi ala kadar je kalo dia tak puas hati kat kita...Erm?betol ke???..Dahsyat gak...

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali...Aku seolah-olah masih merasakan sambutan bagi tahun 2009 yang lalu masih lagi segar dan hangat...Namun hakikatnya , 2010 menyingkap tirai barunya dan meninggalkan tahun 2009 dengan berbagai peristiwa suka duka,pahit manis dan sebagainya...Bagi aku sendiri pelbagai peristiwa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2009...Namun biarlah peristiwa-peristiwa itu semua menjadi kenangan manis mahupun pengajaran bagi diri aku sendiri..
Aku malam sambutan tahun baru tak pergi mana2 pun..Cuaca pun kurang baik,sebab hujan dijangka turun bila2 masa je..Memang betol pun...Setengah jam lagi nak masuk tahun baru,hujan turun dengan lebatnya..Yess...Tidur dengan lena la jawabnya...Malam tersebut turut menyaksikan kejadian gerhana bulan..Erm..Aku nak tengok kejadian gerhana tu sebenarnya..Tapi tertidur awal pulak...
Pihak jawatankuasa masjid seluruh negara terutamanya masjid utama negara di KL telah mengadakan solat sunat bersempana dengan kejadian tersebut bagi menginsafi kekuasaan Allah SWT..Namun yang menjadi persoalan di dalam kepala aku,agak-agaknya berapa saf yang penuh kat masjid2 kita?Contohnya masjid negara...Hurmm..Rasanya ramai lagi kot yang kat dataran merdeka sambut tahun baru.. ;) Chiowww..
 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret