Saturday, January 31, 2009

Pun ada jugak yang ambil kesempatan..

(Bukan foto sebenar)
Hari ini dikhabarkan banjir di Sibu semakin teruk...Banjir yang mencecah ke paras pinggang menyebabkan ramai harta benda penduduk ditenggelami air...Lain pulak dengan cerita mak aku..Dia dan seorang lagi makcik aku ni sibuk-sibuk pulak nak pergi ke sana untuk membeli barang...Macam la di sini tak ada..Nak dapatkan harga murah katanya..Disebabkan mereka tidak up to-date pasal berita ni,mereka go ahead je...Last-last bila dah sampai sana,baru mula nak rasa menyesal...Nak patah balik kononnya,tapi tengok je ade bas yang boleh lalu ke sana,hasrat tu membuak lagi...Mereka redah je...Bila hari dah menjelang petang,keadaan semakin teruk..Air semakin tinggi...Namun begitu,dalam keadaan yang menggusarkan ini,kita masih sempat melihat pelbagai gelagat dan telatah yang agak melucukan oleh para penduduk..Di pondok perhentian bas,3 orang gadis sedang duduk seolah-olah masih menanti bas sedangkan air dah semakin naik ke paras dada.....Di sudut yang lain pula,ada yang duduk di atas bumbung kereta bersama dengan anjing memerhatikan keadaan orang lain yang dilanda banjir....Sekumpulan pekerja kilang pula nampaknya begitu gembira bermain "polo air" di tepian jalan raya....Tak kurang juga yang syok berlatih berenang tanpa mempedulikan orang lain...Tapi yang menyedihkan aku terdapat segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan apabila tiba waktu yang susah sebegini...Di seberang jalan terdapat 3 sekeluarga yang sarat dengan kotak,katanya nak balik ke kampung..Tiada seorang pun manusia yang nak tolong mereka angkat kotak dan menyeberang ke seberang jalan..Kena upah orang yang ada lori tinggi ataupun hilux,baru boleh balik...Sesiapa yang nak menyeberang bolehlah membayar tambang untuk perjalanan kurang dari 500 meter...Mentang-mentang la mereka ada lori yang boleh redah je air banjir tu...Di pasar tamu pulak,ramai yang tidak dapat berniaga kerana kawasan yang turut diliputi banjir...Bagi yang bernasib baik,mereka dapat la membuka gerai dan para penduduk tak payah la susah hati sebab masih ada supplier untuk barangan dapur...Namun yang tak bestnya,harga pandai naik pulak...Dua kali ganda pulak tu...Ish ish ish...Sayur yang biasanya berharga RM1 dah naik harga menjadi RM2 pulak...Erm...Dunia oh dunia...Yang menjadi persoalannya,dalam keadaan yang saling memerlukan ini,takkan golongan yang satu ini,sikit pun takde kesedaran?Tak simpati langsung..Bukannya orang lain,orang "sekampung" jugak tu...Bila dah terkena dengan batang hidung sendiri,pandai pulak nak mengadu itu dan ini,minta bantuan la,simpati penduduk lain la..Hmm..Mungkin itulah lumrah dan fitrah manusia...Apa-apapun,diharap banjir yang kian teruk melanda di sana akan pulih dan surut dalam masa terdekat..Semoga takde la anak-anak kecil yang menjadi mangsa lemas...Yang dewasa tu pulak,pandai-pandai la jaga diri dan keluarga masing-masing...

Monday, January 26, 2009

Gong Xi Fa Chai..



GONG XI FA CHAI
Xien Nien Kuai Le...Wan Shi Ru Yi


Tanggal 26 Januari 2009 pada hari ini,semua masyarakat dunia yang berbangsa cina meraikan perayaan terbesar bagi komuniti mereka,iaitu sambutan Tahun Baru..Mengikut kitaran kalendar cina,Tahun ini merupakan Tahun Lembu...Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua sahabat dan saudara yang berbangsa Tiong Hua...Semoga kedatangan tahun lembu ini akan membawa lebih banyak tuah dan kemewahan kepada anda semua...Yang paling best di Tahun Baru Cina ini,sesiapa yang belum kahwin tidak kira umur masih layak untuk mendapat ang pow...hehe...Aku pun teringin nak pergi jalan2 dan dapatkan Ang Pow seperti di zaman kanak-kanak dahulu...Hmm..Bagi kaum lain,tradisi kunjung mengunjungi masih lagi diamalkan...Inilah kehebatan budaya masyarakat kita di Malaysia...Aku sendiri dapat merasakan bagaimana indahnya suasana yang harmoni sebegini...Namun,aku turut merasa terkilan terhadap apa yang melanda kepada kita kebelakangan ini...Perpaduan kaum di negara kita kian goyah akibat dari permainan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada rasa kesedaran...Aku kadang kala benci melihat tingkah laku bodoh dan mementingkan diri sendiri ini...Apa-apapun diharap perayaan sebegini akan dapat mengeratkan kembali silaturahim di antara rakyat yang berbilang kaum dengan adanya rumah terbuka dan kunjung mengunjungi,InsyaAllah..Aku dengan ini sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua yang berada di seluruh negara ini...




Saturday, January 24, 2009

Seperti Yang Dulu...

Seperti Yang Dulu
Ungu
Tiada guna kau kembali
Mengisi ruang hati ini
Semuanya telah berlalu
Bersama lukaku
Semuanya telah berakhir
Antara hatiku dan hatimu
Takkan ada cinta
Seperti yang dulu

Tiada guna kau berjanji
Untuk setia menemani
Hatiku yang tlah terluka
Karna dustamu
c/o
Semuanya telah berakhir
Antara hatiku dan hatimu
Takkan ada cinta
Seperti yang dulu

Semuanya telah berakhir
Antara diriku dan dirimu
Takkan ada rindu
Seperti yang dulu
Semuanya telah berakhir ..Oooo
Semuanya telah berakhir(2x).. Oooo
Ulang c/o
Seperti Yang Dulu....(4x)
.....................................................................................
Memang segalanya tidak mungkin akan kembali seperti dulu...Aku cukup tertarik apabila mendengar lagu yang dipopularkan oleh sebuah band indonesia ini...Baru sebentar tadi seseorang yang penah bergelar sayang di hatiku,menghantar email melalui YM....Bertanyakan tentang khabar diriku dan masih lagi mengharapkan jawapan samada aku masih menyayangi dirinya ataupun tidak..Buat terakhir kalinya aku menyatakan ,maaf...Segalanya tidak mungkin akan seperti yang dulu...Hanya itu yang dapat ku lafazkan...Tidak mungkin utk aku kembali bersamanya semula..Aku cukup terluka...Walaupun hatiku sudah mengizinkan kemaafan kepadanya,aku tidak akan pernah menyayangi dirinya untuk kali yang kedua...
Buat insan tersebut,semoga kau gembira selalu...

Wednesday, January 21, 2009

Masuk Kerja Semula...

Aku melangkah dengan perasaan yang amat berat..Menuju ke arah tempat aku bekerja mengambil masa 10 minit bagi pejalan kaki yang pantas seperti aku...Aku masih terasa kosong dan sunyi...Entahlah..Aku rindu ke pada Tok Ngah..?Atau aku sememangnya masih gagal menerima hakikat pemergian Tok Ngah..?Aku menghela nafas panjang...Aku terus berjalan melalui bangunan kedai dan sekolah yang awal2 pagi lagi telah riuh dengan suara penghuninya..Mendengar pada loceng sekolah yang berbunyi,aku tersentak...Aku sedar aku bakal kelewatan jika aku gagal sampai dalam masa 5 minit...Aku menghayun pantas langkahanku dan menjejaki destinasi tepat-tepat pada waktunya..huh...Aku tersengih sendiri sambil mengeluh kerana agak kepenatan berjalan tadi...Aku lantas masuk ke dalam,melempar sinis senyuman ke arah rakan sekerja ku yang mungkin masih tertanya-tanya ke mana perginya aku selama dua hari sebelumnya..Tambahan pula aku mengambil EL yang tiada sorang pun maklum kecuali boss aku..Aku terus menuju ke arah meja yang ku lihat telah tersedia ada report-report yang menanti untuk diteliti..Aku menyemak semua muka yang ada..Alhamdulillah..Hari ini tak ada pulak surat-surat yang perlu aku buat...Setelah menyelesaikan semua tugas awal ku,aku duduk kembali merenung ke arah luar pintu grill yang dilabuhkan setengah menanti waktu operasi rasmi kami...Tok Ngah kembali menyusup ke dalam fikiranku...Dulu,aku akan menutup telinga sambil memainkan anak mata apabila Tok Ngah membebel padaku...Aku ingkar cakap Tok Ngah bila dia melarang aku bermain di tepi sungai...Namun,semua itu tidak akan aku dengari lagi sekarang...Pergilah bermain puas-puas..Bukaklah telinga kau puas-puas...Hatiku berkata kesal...Sekarang kau takkan lagi mendengar suara si tua tu membebel...Aku tau Tok Ngah sayangkan aku..Tapi itu semua pengalaman sewaktu aku masih menjadi anak kecil yang sememangnya sebati dengan sikap yang sebegitu...

Aku mula renggang dengan Tok Ngah apabila aku memasuki alam remaja...menjejaki alam persekolahan menengah..Perubahan normal pada seseorang remaja menjadikan aku sebagai seorang yang mula mencari kawan sebagai orang kedua dalam hidup...Hubungan erat antara keluarga mula berkurangan...Ditambah lagi kami jarang-jarang balik ke kampung...Aku terkilan...Aku gagal untuk menemui Tok Ngah sewaktu keadaan nya yang teruk di hospital...Aku terikat pada komitmen pekerjaan ku...Aku ditinggalkan dan hanya ibu dan adik yang pergi melawat Tok Ngah...Siapa sangka sekembalinya ibu dari melawatnya pada Ahad yg lepas,Tok Ngah telah pergi buat selamanya...Aku seakan tidak percaya kerana menurut ibu Tok Ngah telah mula kelihatan cergas dan sihat kembali sebelum pemergiannya pada petang itu..Mungkin itu kudrat terakhirnya bagi membahagiakan perasaan ahli keluarganya..Aku tersentak sekali lagi...Tiba masa untuk bekerja...Namun begitu,aku seakan-akan hilang mood untuk bekerja...Hmm...Semua yang aku buat serba tak menjadi...Ditambah dengan masalah dari seorang pelanggan..Aduh..Aku rasa nak bagai nak menjerit je...Aku sendiri merasa hairan mengapa aku terlalu emosional hari ini...Hari yang cukup sibuk ini bagaimanapun aku tempuhi dengan tabah...Jam menunjukkan 5:30 petang..Aku terasa hendak cepat pulang dan sebagai tindak balas kehendak ku itu,aku harus menyiapkan segera segala pekerjaan ku..Hasratku itu kembali mati setelah aku terleka menguruskan sebuah kes yang dibawah jagaan ku..Teringat dengan isi bicara aku dengan bos,aku terasa geram pulak dengan pihak yang tertentu yang suka-suka je nak cakap itu ini...Aku rasa bagai nak berhenti kerja saat itu jugak...Mulut manusia ni,susah betul nak ditutup..Tapi aku tahu siapa yang kutuk aku...Dia pun apa kurangnya..Semua mengata pasal dia..Orang di tempat aku tu semua talam dua muka..Manusia macam-macam jenis ada...Segalanya selesai lewat jam 7...Aku mengemas semua fail-failku...Aku sampai ke rumah hampir-hampir 7:30...Hari ini agak meletihkan...

Monday, January 19, 2009

Meet Uncle Hussein Kekalkan Dominasi Pop Rock & Indie Band..


Setelah kejayaan sebuah indie band,Estranged, dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu ke 22 yang lepas,Stadium Bukit Jalil sekali lagi gamat dengan ribuan suara penonton yang hadir bagi menyaksikan terciptanya satu lagi sejarah dalam industri muzik tanah air dimana sebuah lagi independent band telah dinobatkan sebagai Juara Lagu 2008 dengan mempertaruhkan genre music yang sama iaitu Pop Rock...Terkesima dengan pengumuman yang telah dibuat oleh pengacara Cheryl Samad,para penonton seakan-akan tidak percaya akan kejayaan Meet Uncle Hussein yang mengetepikan cabaran hebat Faizal Tahir yang tampak begitu berpeluang untuk menjadi juara selain pemenang bagi anugerah kategori Etnik Kreatif , Farawahida .... Kemenangan ini telah membuktikan bahawa kumpulan-kumpulan sebegini sememangnya mempunyai tempat dan masa depan yang cerah di dalam industri muzik tanah air kita..
Iluminasi muzik merupakan tema yang telah dipilih pada tahun ini dimana konsep pentas dan pencahayaan yang mengagumkan telah menjadikan pentas gemilang AJL bergemerlapan dengan kilauan cahaya yang menyinari senarai lengkap para finalis-finalis AJL...Dikendalikan oleh 3 pengacara popular yang tidak asing lagi di mata penonton,Cheryl Samad,Faizal Ismail dan Ally Iskandar,malam anugerah cukup meriah dengan telatah mereka...Kumpulan yang telah memenangi sebuah rancangan realiti TV3 Gangstarz pada baru-baru ini iaitu kumpulan One Nation Emcees telah diberi kepercayaan untuk menjadi pembuka tirai bagi malam tersebut.Mempertandingkan 6 kategori anugerah,menyaksikan Faizal Tahir telah merangkul 3 anugerah dalam penampilan sulungnya dalam AJL walaupun lagunya pernah layak pada AJL yang lepas....


Dengan penuh perasaan dan ketelitian vokal,Faizal telah berjaya menambat hati para juri untuk memberikannya markah yang terbaik sekaligus menjadikan anugerah vokal terbaik menjadi miliknya menerusi lagu yang berjudul Sampai Syurga...Lagu tersebut juga telah memperlihatkan kehebatan koreografi yang telah disusun untuk lagu tersebut dimana motif persembahan seakan-akan menyerupai klip video penyanyi barat Leona Lewis,dalam lagu Better In Time yang telah membolehkan Faizal merangkul anugerah Persembahan Terbaik pada malam tersebut..


Bagi kategori Etnik Kreatif,Julfekar telah mempertaruhkan lagu Persoalan Cinta bagi menyaingi Doa Dalam Lagu nyanyian Zahid & Heliza serta Dusta Berkalang nyanyian Aiman...Didendangkan oleh seorang penyanyi yang berbakat,Farawahida,lagu ini sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai juara bagi kategori Etnik Kreatif tambahan lagi lagu tersebut telah menyaksikan kelainan dimana lagu tersebut diiringi dengan petikan "Er Hu" alat instrumental yang dibawa khas dan dimainkan oleh pemuzik dari negara tembok besar China..



Bagi kategori Balada,persaingan yang amat hebat dapat disaksikan oleh para penonton dimana sebanyak 6 buah lagu telah bertanding bagi merebut gelaran juara...Faizal Tahir yang telah membolot dua slot ke peringkat akhir pada tahun ini telah mengulangi pencapaiannya pada tahun lepas dimana Sampai Syurga dan Cuba telah layak untuk ke peringkat akhir...Penyanyi yang bersuara lantang ini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menyingkir 4 finalis yang lain menerusi lagu Sampai Syurga..Lagu tersebut telah berjaya mengetepikan Dingin nyanyian mantap Ziana Zain yang pernah menjuarai kategori ini pada tahun 1998 menerusi lagu Puncak Kasih....Mendendangkan lagu Bila Nak Saksi,kumpulan Spider bagaimanapun turut gagal menandingi Faizal dan mengulangi sejarah Relaku Pujuk yang telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 19...Namun begitu,percubaan hebat oleh dua pendatang baru,Aizat(Akademi Fantasia) dan Ayu(One In A Million) juga harus diberikan kredit atas kejayaan mereka melayakkan diri ke peringkat akhir bagi kategori yang cukup hebat persaingannya ini,walaupun persembahan mereka belum cukup mantap untuk menandingi tahap persembahan Faizal Tahir selaku juara bagi kategori ini...

Pada anugerah kali ini,nasib tidak menyebelahi kumpulan yang baharu saja menjadi juara AJL yang lepas iaitu Estranged..Walaupun layak ke peringkat akhir,Estranged gagal mengulangi kegemilangannya pada tahun lepas di mana lagu Itu Kamu berjaya menambat hati juri dan terus menobatkan mereka sebagai Juara Lagu ke 22...Kali ini Estranged telah mempertaruhkan lagu yang berjudul Yang Pernah..Persaingan bagi kategori Pop Rock yang terdiri daripada artis-artis yang berkebolehan seperti Elyana,Sofaz,Estranged,MUH dan Stacy sememangnya hebat dan sengit di mana juara bagi kategori ini lah yang telah merangkul anugerah Juara Lagu semalam...

Lagu Untukmu hasil ciptaan ahli kumpulan itu sendiri iaitu Taja,Tas dan Lan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di kalangan anak muda yang sering menjadikan lagu ini sebagai lagu siulan mereka...Suara para penonton yang bersorak bagai memecahkan tembok stadium tersebut sebaik sahaja Meet Uncle Hussein diumumkan sebagai juara kategori dan Juara Lagu ke 23....Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan MUH atas kejayaan mereka pada AJL kali ini..


Di samping itu,persembahan selingan oleh 3 vokalis mantap tanah air Jaclyn Victor,Jamal Abdillah,M.Nasir serta 3 orang kanak2 yang berbakat besar dalam bidang seni suara iaitu Wada,Haqiem dan Hafiz yang mendendangkan lagu Isabella turut menghiburkan dan mengagumkan para penonton sementara menanti pengumuman keputusan...
 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret