Thursday, February 17, 2011

Reformat

Dua hari lepas,lappy kesayangan aku meragam..Tengah aku elok-elok bersihkan dia , aku tertekan butang power dan yang menghairankan aku belum lagi starting window dia dah launch Arcade Deluxe Media Player..Aku pun tunggu la kejap..Tapi tak leh nak exit..Aku pun terus offkan dia dan on balik..Rupa-rupanya windows dah corrupted..Asal on jer dia tak leh nak masuk windows dah..Dia akan secara automatik pergi ke Windows Recovery Option..Berkali-kali aku restart , on dan off tapi tetap tak leh..Aku frust..Esoknyer aku terus hantar ke kedai untuk diperbaiki..
Lappy nak kena jumpa doktor pakar

Friday, February 11, 2011

Sikah VS Jiharkah

Hurm..Tak lama lagi giliran bahagian Sarikei pulak untuk menghadapi Majlis Tilawah Al-Quran...Para hakim bergerak akan sampai sini dalam bulan Mac kot..Aku plak,belum lagi buat apa-apa preparation..Latihan pun sekali sekala sahaja..Bingung pun ada...Aku memang frust sangat dengan keadaan suara aku sekarang..Dah tak macam dulu..Hurm,tahun ini aku berazam untuk layak ke peringkat negeri Sarawak..InsyaAllah,tolong doakan lah yer..

Saturday, February 5, 2011

Mimpi di siang hari..

Huarghhhh..Jam dah nak hampir pukul 3 ptg rupanya...Aku baru je bangun sebab aku tido lewat pagi tadi..Bangun je aku dari tido terus aku cuci muka dan gosok gigi..Dalam peti sejuk ada sebijik limau mandarin,apa lagi aku kebas je la..Perut dah lapar giler ni..Hehehe
Lepas tu tiba-tiba aku teringat kat mimpi aku tadi..Mulanya gini,dalam mimpi tu aku masih lagi bekerja seperti dulu (sekarang dah quit sambung study) di Maybank..Pada satu tengah hari tu,time esok nak raya cina,duit dalam CDM dah penuh...So,kami kena la ambik keluar duit tu so orang lain boleh lagi pakai dan bank-in duit guna mesin tu..Jadi, si officer kita orang ni pegi la bukak mesin tu ditemani seorang lagi officer dan security guard...Aku macam biasa la duduk kat frontline counter..hehehe...

Thursday, February 3, 2011

Selamat Ulang Tahun iEjOy

03 Februari...Maka sempurnalah aku selama 21 tahun di atas muka bumi ini..Hurm..Jauh di sudut hati aku masih ingin kembali ke zaman belasan tahun;zaman di mana aku masih bebas untuk bermain dan memilih jalan hidup..Namun aku tau aku seharusnya bangun dari mimpi..Aku kini sudah melangkah setapak lagi menuju ke alam dewasa..Terlalu banyak cerita dan kisah yang ingin aku coretkan sepanjang aku meninggalkan dunia blogging ini tapi buat masa sekarang aku belum berkesempatan...Entah mengapa,tanggal tarikh ulangtahun kelahiran aku pada kali ini telah membuatkan aku berfikir jauh ke dasar hati untuk menulis semula kisah hidupku setelah setahun aku menyepi...
Hari ini ibu dan adikku telah pergi ke kampung disebabkan terdapat urusan keluarga yang perlu diselesaikan..Tinggallah aku bersama ayah dan abangku..Namun aku tetap jugak bersendirian sebab ayah dan abang aku selalunya tak ada di rumah...Nak ajak kawan bukan takde..Cuma kawan baikku sekarang takde di sini...Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dan meraikan hari ulangtahun kelahiranku ini di KFC..Senang je kan..Aku order makanan dan terus je makan seorang diri..Walau jauh di hati kecilku turut merasa sedih,sunyi dan keseorangan di hari ulangtahun ku ini..Apa-apapun,Selamat Ulangtahun iEjOy..

Ayam Spicy,Chicken Rice,Cheezy Wedges & Hot Milo



Ni la yang aku makan tadi cukup untuk mengisi perut yang lapar seharian

Wednesday, January 20, 2010

KO-K

Perjumpaan pertama telah diadakan bagi kelab kembara di kampus kami...Aku merupakan salah seorang yang telah berjaya terpilih untuk menjadi ahli bagi kelab tersebut..Pada mulanya aku bingung jugak sebab borang pendaftaran modul aku belum lagi ditandatangani oleh pensyarah kelab tersebut..Kalau la aku kena remove dari senarai,terpaksa la aku buat surat rayuan untuk memohon kelab yang lain..Semua pelajar semester 2 diwajibkan untuk mengambil kursus R2001 Ko-Kurikulum dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menggagalkan aku bagi subjek tersebut...Erm,tapi bila Encik Jo cakap pasal plan yang akan dijalankan bagi kelab ini,rasa macam best je...Huhu...Kalau takde halangan kami mungkin akan mengembara ke Taman Negara Bako untuk aktiviti ala-ala explorace..Hahaha..Mesti best kan korang... :P
Erm apa lagi yang aku nak cakap ni...Aku takde idea lagi la...Lagipun pasni wireless kat sini dah nak kena block..Tak sempat plak nak publish...So,see u next time doe..
 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret