Tuesday, April 19, 2011

Spirulina oh Spirulina

Spirulina Produk dari Cosway
Semalam aku terbaca lagi akan khasiat sejenis suplemen ni yang berasal dari tumbuhan alga yang dipercayai amat banyak khasiat kepada pengamalnya..Hurm,dari dulu lagi aku berniat nak try tapi masih jugak tak tercarik dan terbeli..Tapi semalam lepas je aku baca,aku berazam keesokannya aku mesti beli gak..
Mulanya aku nak beli produk keluaran Elken..Sebab menurut kawan-kawan aku yang lain, produk keluaran Elken ni bermutu tinggi..
So,aku pun survey la harganya,urm boleh tahan..Tapi masalahnya aku tak tahu pulak nak dapatkan dari mana kat area aku ni..Almaklumlah aku ni tak berapa nak tahu sangat pasal benda-benda cam ni...
Yang aku tahu cuma ada cosway..Then aku tanya balik kat kawan aku yang lain,ok ker produk cosway ni?Then dia advise "why not u cuba dulu?Badan kita lain-lain..Mungkin yang ni sesuai untuk U and mungkin jugak tak sesuai untuk I..So,u try je dulu.."
BERNAS!!! Aku suka sangat pendapat dia ni..So aku decide nak try yang Cosway punya dulu..

Friday, April 15, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran IPTdan IPG Peringkat Borneo 2011

Assalamualaikum kepada semua..Dah lama aku tak update blog ni..Lately agak sibuk dengan pelbagai program..Baru-baru ni aku telah mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran IPT dan IPG Peringkat Borneo..Program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah ini telah berlangsung selama 3 malam di Dewan Canselor UMS bermula dari 1 sehingga 3 April 2011 yang lepas.


Saturday, March 19, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei 1432H


Majlis Tilawah Al-Quran peringkat bahagian Sarikei telah berlangsung dengan jayanya pada 1 & 2 Mac 2011 bersamaan dengan 26 & 27 Rabiul Awal 1432H yang lepas.Majlis tersebut telah diadakan selama dua malam di perkarangan Masjid Al-Muttaqin Bahagian Sarikei.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk  Seri Mohamad Asfia Awang Nassar , Speaker DUN Sarawak.

Thursday, February 17, 2011

Reformat

Dua hari lepas,lappy kesayangan aku meragam..Tengah aku elok-elok bersihkan dia , aku tertekan butang power dan yang menghairankan aku belum lagi starting window dia dah launch Arcade Deluxe Media Player..Aku pun tunggu la kejap..Tapi tak leh nak exit..Aku pun terus offkan dia dan on balik..Rupa-rupanya windows dah corrupted..Asal on jer dia tak leh nak masuk windows dah..Dia akan secara automatik pergi ke Windows Recovery Option..Berkali-kali aku restart , on dan off tapi tetap tak leh..Aku frust..Esoknyer aku terus hantar ke kedai untuk diperbaiki..
Lappy nak kena jumpa doktor pakar

Friday, February 11, 2011

Sikah VS Jiharkah

Hurm..Tak lama lagi giliran bahagian Sarikei pulak untuk menghadapi Majlis Tilawah Al-Quran...Para hakim bergerak akan sampai sini dalam bulan Mac kot..Aku plak,belum lagi buat apa-apa preparation..Latihan pun sekali sekala sahaja..Bingung pun ada...Aku memang frust sangat dengan keadaan suara aku sekarang..Dah tak macam dulu..Hurm,tahun ini aku berazam untuk layak ke peringkat negeri Sarawak..InsyaAllah,tolong doakan lah yer..
 

Tukang Kira

Page Views

Free Web Counter

Followers

Lagu Feveret